10 di tenom - Google Blog Search |
Pusat pengumpulan hasil pertanian akan dibina <b>di Tenom</b> | ACT for <b>...</b> Posted: 03 May 2014 09:13 PM PDT
Beliau berkata, pihak kerajaan telah menyedari hakikat itu di mana betapa pentingnya pusat pengumpulan tersebut diwujudkan untuk memudahkan para petani didaerah ini menghantar hasil hasil pertanian mereka seterusnya memasarkannya tanpa penglibatan orang tengah. " Dengan adanya pusat itu kelak, para petani yang terdiri daripada peladang, penternak dan nelayan disini…mendapat pulangan harga yang berpatutan. Justeru, saya mahu melihat orang orang Tenom mesti mendapat harga yg terbaik, harga yg sepatutnya dan berkualiti, dengan harapan harga produk itu dapat bertahan lama. " Kita tahu bahawa terdapat permintaan yang tinggi terhadap hasil hasil pertanian didaerah ini seperti buah buahan tempatan yang dilihat lebih berkualiti berbanding dari tempat tempat lain. "Oleh sebab itu, saya menyatakan di sini dgn kerjasama dan kekuatan yang ada pada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tenom, maka pihak pengurusan dan komitmen Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Sabah yang diterajui oleh pengarah kita, maka kita jadikan sektor pertanian didaerah ini menjadi sektor utama yang mampu menjana ekonomi penduduk setempat sejejar dengan hasrat kerajaan iaitu 'pertanian suatu perniagaan'," katanya. Beliau yang juga Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa Group berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat Agung Tahunan kali ke-36 bagi tahun 2014 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tenom di Hotel Perkasa dekat sini pada Sabtu. Hadir sama, Pengerusi Jemaah Pengarah PPK Tenom OKK David Jani, Pegawai Daerah Madiyem Layappan, AJP Jamawi Jaafar dan ketua ketua jabatan negeri dan Persekutuan. Terdahulu, Pengarah Lembaga PPS Anita Haji Misuari berkata, beliau mempunyai agenda besar yang diperjuangkan tahun ini antaranya "Jihad Membasmi Orang Tengah" yang juga menjadi petunjuk prestasi utama (KPI) yang harus dicapai selain menangani masalah kenaikan harga barang. " Dalam kerajaan yang berkaitan dalam hal ini, antara usaha yang dilakukan oleh LPP dengan pihak berkuasa tempatan (Majlis perbandaran dan Majlis2 Daerah) , jabatan dan agensi adalah mewujudkan pusat pusat pengumpulan hasil pertanian di setiap ada pertubuhan Peladang," tegasnya.
Manakala para pengguna pula dapat menfaat daripada kemudahan itu dimana mereka berpeluang mendapat bekalan secara terus dengan harga yang lebih berpatutan tanpa melibatkan orang tengah, tegasnya. Kesempatan itu, beliau berpesan agar para peladang memasarkan hasil keluaran mereka terus ke pasar pasar mingguan seperti pasar tani yang dikelolakan oleh FAMA dimana dengan cara demikian dipercayai dapat meningkatkan pendapatan petani sekaligus menolak penindasan orang tengah. Selain Pengerusi PPK Tenom OKK David Jani yang berjaya mengekalkan jawatannya selama tujuh penggal (14 tahun) berturut turut, seramai 13 orang turut dipilih mewakili PPK Tenom ke Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPN. Mereka terdiri daripada Jamawi Jaafar, David Jani, Piduman Abd. Majid, Razali Hj. Zamri, Jatil Junggok @ Jack, Amparau Tingkalu, Saran Epui, A. Kassim Othman, Jeffrey Ho, Hamidi Hj. Rithauddin, Sual Umbol, Chong Yau Yin dan Kores Tai from your own site. |
You are subscribed to email updates from di tenom - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan