ads

Selasa, 6 Mei 2014

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


01/04/2014:10 rumah musnah dalam kebakaran <b>di Tawau</b> | BERITA <b>...</b>

Posted: 01 Apr 2014 01:11 AM PDT

Sepuluh rumah di Kampung Hidayat 3 berdekatan Taman Dingin, Jalan Apas, Batu Satu Setengah, Tawau MUSNAH dalam kebakaran, AWAL PAGI TADI.
Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzeck, pihaknya menerima panggilan kira-kira 3.42-pagi sebelum menggegaskan 23-anggota bersama tiga jentera dan dua utiliti ke loasi kejadian. Operasi turut dibantu lapan anggota Jabatan Pertahanan Awam beserta sebuah jentera dan lori.

Ketika bercakap kepada media di Tawau, beliau berkata pihaknya mengalami beberapa kesukaran untuk memasuki kawasan kebakaran berikutan jalan sempit, bekalan elektrik belum diputuskan dan punca tekanan air rendah.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.

Setakat 10.30-pagi tadi, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am telah mendaftarkan seramai 31-ketua isi rumah yang terbabit kebakaran itu, dua daripadanya bukan rakyat tempatan.

alizaali/mas/hasbi/Cov

she

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved