ads

Sabtu, 17 Mei 2014

10 di papar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Kanak-kanak perempuan lima tahun rentung dalam kebakaran <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 13 May 2014 02:15 AM PDT

May 13, 2014

Seorang kanak-kanak perempuan lima tahun rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Papar dekat Kota Kinabalu pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K.Ramin berkata dalam kejadian 8.33 pagi itu, mayat kanak-kanak terbabit ditemui di sebuah daripada tujuh rumah yang terbakar di Ladang Ayam Desa Hatchery, Jalan Bongawan-Kampung Damit, Papar.

Katanya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Papar tiba di tempat kejadian 25 minit selepas menerima panggilan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Dunstan Peter berkata kanak-kanak tersebut dipercayai ditinggalkan seorang diri di rumah yang dikunci bapanya, ketika keluar bekerja di ladang itu.

Menurutnya, kanak-kanak terbabit cuba menyelamatkan diri dengan memecahkan dinding papan lapis, namun tidak berjaya.

Mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat. – Bernama, 13 Mei, 2014.

The Malaysian Insider : Bahasa

Sumber: Artikel dan berita di atas di petik dari laman Malaysia Insider. Sumber dinyatakan.

Carian Popular:

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved