10 di lahad datu - Google Blog Search |
Sekali Lagi… Seorang Lelaki Dipercayai Diculik <b>Di Lahad Datu</b> <b>...</b> Posted: 05 May 2014 10:03 PM PDT LAHAD DATU – Lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik, dekat sini pada kira-kira 2.45 pagi ini, selepas sebulan seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna. Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek yang mengesahkan kejadian itu berkata mangsa dikenali Yang Zai Lin, 34, berasal dari Guangzhao dan telah bekerja di syarikat Wonderful Terrace Sdn Bhd milik warga China dari Hongkong itu selama tiga tahun. Beliau berkata anggota pasukan keselamatan dan pertahanan Esscom termasuk unit udara dan laut telah berusaha untuk mengejar dan memintas bot yang dinaiki oleh penjenayah tersebut sehingga berlaku kejadian berbalas tembakan berhampiran Pulau Mataking. "Namun penjenayah tersebut dari selatan Filipina itu berjaya meloloskan diri ke perairan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan ringkas, di sini hari ini. Mohammad berkata siasatan awal menunjukkan terdapat 16 pekerja di syarikat ternakan ikan berkenaan, dengan lapan lelaki bangsa Timor memiliki dokumen manakala lapan pekerja bangsa Suluk termasuk seorang wanita tidak mempunyai dokumen yang sah. Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dijangka mengadakan sidang media bagi memberikan butiran penuh berhubung kejadian culik itu petang ini. Pada 2 April lepas, Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai dan seorang pekerja wanita warga Filipina dikenali sebagai Marcy Dayawan, 40, diculik di Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna oleh sekumpulan tujuh lelaki bersenjata. – BERNAMA |
WikiSabah News: 'Amuk' komando <b>di Lahad Datu</b> Posted: 27 May 2014 10:38 PM PDT LAHAD DATU - Seorang anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut manakala dua orang awam parah selepas rakan sepasukan mangsa melepaskan beberapa das tembakan di bandar ini, awal pagi tadi. Dalam kejadian 4.45 pagi itu, anggota komando yang maut dikenali sebagai LKpl Muhamad Fiffixezapey Mat Hussin, 28, dari Pasir Puteh, Kelantan. Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat dan rawatan lanjut. Difahamkan, ketika kejadian dua anggota tentera ini dipercayai bertengkar lalu cuba dileraikan oleh dua individu berkenaan. Bagaimanapun, seorang daripada anggota tentera berkenaan tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan dipercayai menggunakan senjata jenis M-16. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Omar Mammah ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan semua mangsa masih menerima rawatan di hospital. Oleh Junaidi Ladjana dan Mohd Ridzal Abdullah LAHAD DATU - A soldier was shot dead while two civilians injured after a scuffle broke out outside a 24-hour sundry shop here. Sabah Police Commissioner Datuk Hamza Taib said investigations are continuing and so far no arrests have been made. "Police are also looking for a soldier among several others to assist investigations into the case. "Initial investigations revealed a commotion broke out near the 24-hour shop in the early hours followed with several shots fired," he said. "Several 5.56mm bullet casings were recovered from the scene where the soldier and two civillians were found," Hamza added. The soldier succumbed to gunshot wounds at the district hospital while one of the civillians was shot on his thighs and the other on his shoulder. According to witnesses the two civilians were bouncers of an entertainment outlet located above the sundry shop. NST |
You are subscribed to email updates from di lahad datu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan