ads

Khamis, 22 Mei 2014

10 di lahad datu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Sekali Lagi… Seorang Lelaki Dipercayai Diculik <b>Di Lahad Datu</b> <b>...</b>

Posted: 05 May 2014 10:03 PM PDT

LAHAD DATU – Lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik, dekat sini pada kira-kira 2.45 pagi ini, selepas sebulan seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek yang mengesahkan kejadian itu berkata mangsa dikenali Yang Zai Lin, 34, berasal dari Guangzhao dan telah bekerja di syarikat Wonderful Terrace Sdn Bhd milik warga China dari Hongkong itu selama tiga tahun.

Beliau berkata anggota pasukan keselamatan dan pertahanan Esscom termasuk unit udara dan laut telah berusaha untuk mengejar dan memintas bot yang dinaiki oleh penjenayah tersebut sehingga berlaku kejadian berbalas tembakan berhampiran Pulau Mataking.

"Namun penjenayah tersebut dari selatan Filipina itu berjaya meloloskan diri ke perairan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan ringkas, di sini hari ini.

Mohammad berkata siasatan awal menunjukkan terdapat 16 pekerja di syarikat ternakan ikan berkenaan, dengan lapan lelaki bangsa Timor memiliki dokumen manakala lapan pekerja bangsa Suluk termasuk seorang wanita tidak mempunyai dokumen yang sah.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dijangka mengadakan sidang media bagi memberikan butiran penuh berhubung kejadian culik itu petang ini.

Pada 2 April lepas, Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai dan seorang pekerja wanita warga Filipina dikenali sebagai Marcy Dayawan, 40, diculik di Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna oleh sekumpulan tujuh lelaki bersenjata. – BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved