ads

Jumaat, 23 Mei 2014

10 di kudat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 15 May 2014 11:19 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Feb 2014 11:44 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pengalaman <b>di</b> Sabah - <b>Kudat</b>, tempat menarik <b>...</b> - memmetlenggeng

Posted: 11 Jan 2014 10:02 AM PST

Entry ini adalah entry tertangguh yang bersambung dari sini

Selepas balik dari Keningau, program kami menuju ke Kudat pula. Kudat adalah daerah paling hujung di utara Borneo. Jarak perjalanan dari KK mengambil masa kira-kira 2 jam lebih paling cepat. Walau pun jaraknya dari KK tidak jauh sangat, tetapi masa yang diambil sedikit lama kerana struktur jalannya masih banyak perlu diperbaiki. Terdapat juga penerbangan dari KK ke sini menggunakan pesawat Twin Otter. Kalau anda masih ingat, baru-baru ini, ada kejadian pesawat twin otter terhempas mengorbankan dua nyawa di Kudat. Saya fikir, salah satu sebabnya ialah, kedudukan Kudat yang terletak di open sea, jadi angin memang kuat, menyebabkan pesawat ringan selalu tidak stabil ketika membuat pendaratan, kena pula masa musim ribut. Sebelum pergi, salah seorang pegawai mengesyorkan kami menaiki pesawat itu ke sana untuk menjimatkan masa, tapi semua pakat tidak setuju, termasuklah saya. Ha ha. Padahal, kalau mati, tak naik pesawat pun boleh mati juga. Lagipun kalau menaiki pesawat, tak dapatlah nak melawat dengan baik daerah Kudat itu nanti.

 Oklah, panjang pula bebelnya.

Perjalanan ke Kudat

Perjalanan ke Kudat akan melalui Tuaran dahulu, daerah yang popular dengan kuda. Dari Tuaran, terus menuju ke Kota Belud, sama seperti nak menuju Kundasang, tapi teruskan perjalanan sehingga bertemu satu simpang yang mana, kanan untuk ke Kota Marudu dan kiri untuk ke Kudat. Sepanjang perjalanan di Kota Belud tadi boleh nampak pemandangan Gunung Kinabalu yang masyur. Hati meronta nak ke sana, tapi entahkan bila baru dapat menjejakkan kaki. Sepanjang jalan ada banyak sawah padi bukit. Padi bukit tidak memerlukan air yang banyak ketika di tanam. Bukan mudah nak jumpa padi bukit di semenanjung. Sayang sekali kami tidak sempat singgah berhenti untuk ambil gambar padi bukit itu.

Dalam perjalanan ini akan bertemu satu kawasan gerai unik yang menjual barang makanan secara disangkut-sangkut pada tali. Antara makanan yang banyak dijual ialah keropok dan kekacang, terutama kacang tanah. Nama tempat ini saya tidak pasti, tapi nama papan tanda sebuah jalan di sana ialah jalan langkon

Kemudian bila sudah hampir sampai ke Kudat terdapat lagi satu gerai-gerai tepi jalan yang mejual banyak barangan tradisional etnik Sabah dan juga hasilan produk pertanian. Saya ingin juga nak menyinggah, tapi sayang kami kesuntukan masa kerana perlu melawat dua tapak projek.

Bandar Kudat

Bandar Kudat, walaupun kecil, tetapi ia turut mengalami kemajuan sama dengan lain-lain tempat di Malaysia. Ia memiliki segala kemudahan disini, termasuk landasan kapal terbang kecil. Anda boleh juga datang dengan pengangkutan awam seperti teksi dan bas. Kedudukan Kudat adalah diantara laut China Selatan dan Laut Sulu. Itu yang memberi keistimewaannya di Simpang Mengayau atau Tips of Borneo.

Tempat membuat Gong

Dalam perjalanan ini anda akan bertemu dengan satu daerah atau pekan yang dipanggil Matunggong. Disinilah kawasannya pembuatan gong dilakukan. Terdapat banyak rumah yang mengusahakan pembuatan gong. Ada juga gong yang dijual sebagai cenderamata. Gong Sabah tidak jauh beza rupanya dengan cak lempong dari negeri sembilan. Tapi ia menghasilkan bunyi yang berbeza. Agak merdu juga.

Sungguh penerbit filem dan drama di malaysia tidak ada passion dalam kerjaya mereka. Ini kerana, Sabah adalah sebuah negeri yang sangat menarik, mempunyai sumber-sumber klasik yang sesuai untuk didramakan. Hanya perlukan naskah skrip yang menarik dan pengarah yang profesional untuk mendapatkan sebuah drama yang setanding dengan negara korea dan lain-lain. Apalah malangnya nasib negara ini, sumber ada, tapi jati diri pupus. Semua sibuk buat cerita yang meloyakan.

Sori, tersasar pula. Dalam kawasan perkampungan ini juga terdapat sebuah gong gergasi yang bersaiz lebih 20 kaki persegi! Ia terletak ke dalam lagi kawasan perkampungan. Tetapi tidaklah jauh sangat, boleh saja berjalan kaki. Cuma banyak anjing. Kalau anda jenis penakut anjing, saya tidak nasihatkan berjalan kaki.

Kena bayar juga untuk masuk ke dalam kawasan gong ini. Kata pemandu kami, dulu tidak dikenakan bayaran masuk. Apapun alang-alang sudah sampai, saya bayar saja. Sudah lupa pula berapa harganya. Maaf ye, tapi tidak lebih RM 10.

Lain-lain Tempat-tempat menarik sepanjang perjalanan :

Sebenarnya tidak semua tempat saya singgah dalam perjalanan itu. Ada yang saya hanya lalu sahaja. Apapun dari beberapa blog, saya dapati banyak juga tempat menarik dalam perjalanan di Kudat ini. Tidak termasuk tentang Simpang Mengayau, kerana, saya akan buat entry yang lebih spesifik tentang tempat itu. Antara blog yang ada menceritakan tempat menarik lain di Kudat (selain Simpang Mengayau), boleh rujuk di sini :

http://chelzlensaphotography.blogspot.com/2011/12/aku-di-kudat-sabah.html
http://budgetciputtraveller.blogspot.com/2012/10/sabah-day-1-kota-kinabalu-international.html
http://www.sabah.gov.my/lbk/index.php?option=com_content&view=article&id=80&Itemid=478

BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 16 May 2014 11:07 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Apr 2014 11:39 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Mar 2014 11:24 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Mar 2014 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pesawat Komersil Terhempas <b>di Kudat</b>: MAS Sahkan Dua Maut <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2013 08:12 PM PDT

mas terhempas

KOTA KINABALU: Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan dua mati dalam nahas pesawat Twin Otter MASWings terhempas di Kudat pada Khamis.

Mereka ialah pembantu juruterbang Marc Joel Bansh, 23, dan penumpang Tan Ah Chai, 96.

Bansh meninggal dunia kira-kira 9 malam ini manakala Tan menghembuskan nafas terakhir kira-kira empat jam lebih awal akibat kecederaan parah.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MAS yang juga Pengerusi MASwings Ahmad Jauhari Yahya berkata setakat ini disahkan dua mati dan dua lagi cedera.

Beliau berkata terdapat seorang warga Filipina manakala lainnya warga Malaysia dalam pesawat itu yang membawa 14 penumpang dan dua krew.

"Kami amat sedih dengan kejadian pesawat MH3002 yang terhempas, yang berlepas dari Kota Kinabalu ke Kudat pada 2.50 petang.

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan kepada yang terbunuh dan mereka yang terlibat dalam nahas ini dan kami sedang melakukan yang terbaik untuk membantu mereka dalam keadaan yang amat sukar ini," katanya dalam sidang akhbar di sini malam Khamis.

Ahmad Jauhari berkata MASwings telah membuka pusat panggilan 24 jam dan anggota keluarga penumpang yang terbabit dalam nahas itu boleh menghubungi 03-78841234 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat.

Sejurus selepas sidang akhbar itu, Ahmad Jauhari berlepas ke Kudat untuk meninjau tempat kejadian dan melawat mangsa.

Terdahulu, pesawat MASWings, MH3002 berlepas dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada pukul 2.05 petang dalam perjalanan ke sebuah daerah utara Sabah yang memakan masa 40 minit.

Pesawat berkenan terhempas ekoran cuaca buruk ketika ia cuba melakukan pendaratan pada aras 900 meter.

Laporan awal mendapati angin kencang menolak pesawat daripada mendarat di landasan.

Terdapat 16 orang dalam pesawat tersebut termasuk juruterbang.

Ini merupakan nahas pertama membabitkan MASwings di Kudat.

Keluarga penumpang pesawat itu diminta menghubungi 03-78841234 untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.

MASWings menawarkan perkhidmatan udara di kedua-dua bandar berkenaan.

-mStar

Budak Letrik: 180 Hours Trans Borneo : Kundasang - <b>Kudat</b>

Posted: 18 May 2014 11:35 AM PDT

Sambungan dari 180 Hours Trans Borneo : Kundasang - Ranau
Dari Kundasang, gua terus membelah banjaran Crocker melalui jalan bergunung-ganang dan berbengkang-bengkok menuju ke Kota Belud. Ada jalan bypass untuk ke Kota Belud dari Kundasang, tidak perlu ke Tamparuli atau Tuaran dulu. Tapi jalan yang dilalui agak sunyi dan jarang-jarang ada kenderaan yang melaluinya. Gua sampai di persimpangan jalan bypass Kundasang ke Kota Belud pun dah hampir waktu Maghrib. Kebetulan ada kedai runcit kecil di simpang tersebut. Gua cuba tanya-tanya makcik yang duduk bersembang, adakah ini jalan yang betul untuk ke Kudat. Setelah mendapat kepastian gua mengikut jalan yang betul, gua meneruskan perjalanan. Agak menyeramkan ikut jalan bypass Kundasang-Kota Belud ni. Hutan di kiri kanan jalan, ditambah waktu senja pulak. Rumah orang tak kelihatan langsung. Sampai di suatu kawasan baru nampak ada kawasan yang berpenduduk. Tapi rumah jauh-jauh antara satu sama lain. Hari semakin gelap. Gua berharap tak ada apa-apa masalah yang berlaku. Jangan pancit tayar waktu macam ni sudahlah. Jenuh.





Gua sampai di pekan Kota Belud hampir waktu Isyak. Perut pun dah lapar. Cari makan dulu. Gua singgah di Restoran KFC Kota Belud untuk menjamu selera. Selesai makan, gua terus mengisi minyak motorsikal di stesen minyak berdekatan. Tak boleh lama-lama kerana perjalanan masih jauh untuk ke pekan Kudat. Gua berhenti sekejap di Masjid Kota Belud untuk menunaikan solat jamak dan kemudian meneruskan perjalanan di dalam kegelapan malam menuju ke Kudat. 
Sepanjang perjalanan dari Kota Belud ke Kota Marudu, gua melalui perkampungan berhampiran sawah-sawah padi. Walaupun dalam gelap malam, suasana malam di Kota Belud agak menarik. Gua suka tengok rumah-rumah penduduk Kota Belud yang unik. Rumah kampung di Kota Belud kebanyakkannya dua tingkat dan ada ruang di bawah rumah untuk meletakkan kenderaan. Tak sempat gua nak ambil gambar buat tatapan kerana mengejar masa. Ada kawasan yang sunyi dan betul -betul gelap sepanjang perjalanan. Naik bukit-turun bukit, sampai lah ke Kota Marudu lebih kurang jam 11.00 malam.

Sampai di Kota Marudu, kebanyakan kedai sudah pun tutup. Ada kedai mamak dan kedai runcit yang masih beroperasi. Gua singgah sekejap membeli air minuman sambil-sambil tanya pakcik kedai jalan ke Kudat. Pakcik kedai terkejut gua kata nak ke Kudat malam-malam buta ni. Dia nasihatkan gua tidur di Kota Marudu dulu, dan esok pagi baru bergerak ke Kudat. Gua tanya bahaya ke jalan untuk ke sana, katanya tak bahaya, cuma jalan yang gelap dan tak ada pekan lain sepanjang perjalanan ke Kudat dari Kota Marudu ini. Gua tabahkan hati jugak untuk meneruskan perjalanan dalam gelap seorang diri ke Kudat larut malam ini. Layan sahajalah. Betul cakap pakcik tu. Memang seram jugak jalan dia waktu malam ni. Kereta jarang jarang ada. Memang gua seorang la yang naik motor malam-malam buta ni. 
Gua sampai di pekan Kudat lebih kurang jam 12.15 malam. Tak tahu nak ke mana, sedar-sedar ada di hadapan laut berhampiran Esplanade Sidek. Ada medan selera di kawasan sekitar. Ada pakcik tengah layan karaoke lagu klasik di salah satu gerai. Gua pun berhentikan motor dan melepak pekena teh tarik setelah mengharungi 5 jam perjalanan dari Kundasang sejak petang tadi. Nak cari hotel pun dah lewat, nak tidur pun tak berapa jam dah sebab esok pagi gua nak ke Tanjung Simpang Mengayau. Esok jugaklah perjalanan gua balik dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur pada sebelah petang. Maksudnya gua kena sampai balik di Kota Kinabalu sebelum pukul 5.00 petang. 
Gerai gua melepak minum teh tarik pun dah nak tutup, jadi gua beransur mencari kedai mamak untuk melepak duduk menunggu waktu Subuh. Gua meronda sekitar kawasan pekan Kudat, ada la satu kedai yang dibuka 24 jam. Gua ambil keputusan untuk melepak di Restoran Rakyat ini. Pekena bakso dulu sebelum mengemaskini catatan perjalanan. Gua cuba melelapkan mata tapi tak dapat, nyamuk pun banyak jugak. Sampai ke pagi gua berjaga di kedai makan ini dan bergerak Masjid Kudat masuk waktu Subuh







Selesai Solat Subuh, gua menuju ke stesen minyak Petronas berdekatan untuk mengisi minyak. Dari situ gua menuju pulak ke Esplanade Sidek tempat gua melepak semalam yang terletak berhampiran laut. Ada restoran terapung dan bot-bot nelayan yang berlabuh. Gua meronda kawasan sekitar melihat kehidupan pagi di sini. Ada beberapa bot-bot yang mula meninggalkan jeti untuk ke lautan lepas. Matahari mula menampakkan cahayanya. Masing-masing dengan arah hidup sendiri.
Tak lama lepas itu, gua menyusuri tepi laut melihat aktiviti memancing. Ada 2-3 orang sedang tekun memancing berhampiran Esplanade Sidek ni. Gua perhati je dari jauh. Indahnya pemandangan waktu pagi di pekan Kudat, pekan terhujung di utara pulau Borneo ini. Tercapai jugak cita-cita gua nak menjejakkan kaki di sini.

Gua tak menunggu lama, gua bersama motorsikal Demak C90 terus menuju ke Simpang Tanjung Mengayau, tempat yang mesti dijejaki dan dicapai pada hari ini. Simpang Tanjung Mengayau adalah tanah terhujung  di utara Pulau Borneo yang menghadap lautan Sulu dan Laut China Selatan. Dari pekan Kudat mengambil masa lebih kurang sejam perjalanan menuju ke Simpang Tanjung Mengayau ini. Jalan kadang-kadang ada yang tak berapa elok, dan ada yang bertar. Ambil masa sikit lah nak tiba di sini.
Gua suka suasana jalan kampung kat sini. Dengan pokok kelapanya, dengan suasana angin pantainya. Cuaca pun kebetulan redup tak berapa panas. Memang enjoy menunggang motorsikal ke Simpang Tanjung Mengayau ni. Ada banyak simpang yang menunjukkan jalan ke Simpang Tanjung Mengayau. Ikut je papan tanda arah, tak lama sampai lah ke kawasan kampung dan kemudian ke jalan pesisir pantai berhampiran Simpang Tanjung Mengayau.
Dekat dengan Simpang Tanjung Mengayau ada jugak gua tengok papan tanda tertulis Pantai Bak-Bak, tapi gua tak pasti apa yang ada di situ. Kalau ikut hati memang nak teroka satu kawasan Kudat ni, tapi masa tak mengizinkan. Cuma sempat melawat Simpang Tanjung Mengayau dan pantai bersebelahannya sahaja.


Gua sempat menyinggah di pantai Tanjung Simpang Mengayau sebelum balik semula ke Kota Kinabalu. Memang bersih dan putih pantainya. Tak ada orang sepanjang gua berada di sini melainkan di Tanjung Simpang Mengayau. Takkan pukul 9.00 pagi tak bangun tidur lagi kot. Sempat la melaram bersama motorsikal Demak C90 yang telah membawa gua ke sini. Lebih kurang 9.30, gua keluar dari Tanjung Simpang Mengayau menuju kembali Kota Kinabalu. Perjalanan agak jauh, lebih kurang 170 KM. Terpaksa melalui Kota Marudu dan Kota Belud sama seperti hari semalam. Siang-siang baru nampak apa yang dilalui malam tadi. Kebun sawit di kiri kanan jalan dari Kudat menuju ke Kota Marudu. Gua menyinggah sekejap di pekan Matunggong, ada pasar pagi di sini. Kelihatan makcik-makcik kaum Rungus asli berada di pasar membeli barang keperluan harian. Gua hanya membeli Nescafe buat bekalan. Naik motor pun rasa terhuyung-hayang oleh kerana tak tidur dari semalam.

Sampai di Kota Marudu, gua lepak sekejap di sebuah restoran mamak untuk makan tengahari. Gua ambil keputusan untuk tidur sekejap di surau restoran tersebut. Memang tak tahan sangat mengantuknya. Sedar-sedar dah pukul 1.00 tengahari. Bergegas gua beredar dari Kota Marudu ke Kota Belud. Kena kejar masa sebab penerbangan pulang gua dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur jam 6.50 petang. Jarak perjalanan dari Kota Marudu ke Kota Belud lebih kurang sejam perjalanan. Tunggangan santai 60 KM/J sahaja sambil menikmati pemandangan negeri Sabah. Kalau laju memang meraung motor ni.

Gua sampai di Kota Belud pun dah hampir jam 3.00 petang. Gua berhenti Solat Jamak dahulu di Masjid Kota Belud, juga tempat yang sama gu berhenti sembahyang Isyak malam sebelum itu. Langit gua tengok dah gelap, ada tanda-tanda nak hujan. Cepat-cepat gua keluarkan raincover untuk menutup bag bagi mengelakkan kebasahan. Baju hujan pun tak bawa, yang hanya ada jaket sweater. Pakai je lah. Gua meneruskan perjalanan menuju ke Tuaran. Tak sampai 15 minit, hujan turun di pertengahan jalan. Apa-apa pun gua kena redah jugak walaupun dalam hujan lebat kerana masa suntuk sangat. Habis lencun satu badan bila tiba di stesen minyak Petronas Tuaran. Basah pun basahlah janji sempat pulangkan motorsikal Demak ni di Wisma Sabah sebelum pukul 5.00 petang.

Dengan gigihnya, gua selamba meredah hujan yang tidak berpenghujung dari Tuaran hingga ke Kota Kinabalu. Rupanya hujan lagi lebat kat sebelah Kota KInabalu ni, habis ranting pokok kayu bertebaran atas jalan. Ditambah dengan angin kuat pulak tu. Gua sampai di Kota Kinabalu lebih kurang jam 4.15 petang, dalam keadaan hujan lebat. Gua parking motor di luar Wisma Sabah dan terus ke pejabat GoGo Sabah tempat gua menyewa motor untuk memulangkan kunci dan mengambil deposit balik. Mengikut perjanjian sebelum ni, gua patut pulangkan motor jam 1.00 petang, dan setiap jam yang lebih kena tambah RM 5.00. Tapi disebabkan faktor cuaca, gua tak kena caj tambahan tu. Dia pun faham alasan hujan lebat.

Gua pinjam tandas di Wisma Sabah untuk urusan tukar pakaian yang lencun akibat hujan lebat tadi. Staf GoGo Sabah memang baik-baik belaka. Senang diajak berbual dan ramah walaupun mereka pada mualanya agak kekok dengan pertanyaan gua. Mereka terkejut bila gua kata gua dah sampai ke Kundasang dan Kudat dalam masa 48 jam ini dengan motorsikal Demak tu. "Boleh ka?" Tanya mereka. Gua tersengih je. Gua cerita gua naik motor ke Kudat dari Kundasang malam semalam. Geleng kepala mereka sambil tersenyum. Berminat mereka dengar cerita gua. Ada yang tak pernah sampai pun ke tempat gua pergi sebelum ni.

Jam 5.00 petang, gua beredar dari Wisma Sabah menuju ke tempat menunggu bas untuk ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu yang terletak berhampiran Masjid Bandar Kota Kinabalu. Ada banyak van-van angkut dan teksi di situ. Perkhidmatan bas dari bandar Kota Kinabalu ke Airport Kota Kinabalu ini baru saja beroperasi rasanya. Dulu masa gua datang ke Kota Kinabalu tak ada lagi. Bas ini memang khusus beroperasi di antara Airport Kota Kinabalu dan bandar Kota Kinabalu setiap sejam sekali. Masa gua pergi bas baru sahaja bergerak. Kena tunggu pukul 6.00 petang pulak baru ada. Tak boleh jadi ni, lewat sangat dah ni. Gua tahan teksi dan terus ke Airport Kota Kinabalu. Tambang asal biasanya RM30. Nego baik-baik dapat la RM 20 sahaja. Kalau naik bas kurang dari RM 5.00. Jimat lagi. Keadaan terdesak, nak buat macam mana.

Dalam keadaan hujan ditambah pulak jem orang balik kerja, gua tiba di Airport lebih kurang pukul 6.00 petang. Kiranya sempat lah masuk ke dewan pelepasan dengan tenang. Fuh memang ramai orang waktu tu, cuti sekolah punya pasal. Gua meninggalkan Borneo dengan seribu satu kenangan. Semalam di Kundasang, pagi tadi di Kudat dan petang ini di Kota Kinabalu menunggu penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Borneo, bumi bertuah, rakyatnya ramah. Semoga diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki lagi di sini.

Tamat.
 * Kos perbelanjaan dalam entry seterusnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved