ads

Selasa, 6 Mei 2014

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Budak Letrik: 180 Hours Trans Borneo : Sepetang <b>di Kota Kinabalu</b>

Posted: 04 May 2014 05:19 AM PDT

Balik dari Tamu Gaya, gua segera check-out dari Bunibon Backpacker Hostel tempat gua menginap semalam. Untuk hari ini gua tiada rancangan untuk ke mana-mana. Cuma melepak di Kota Kinabalu sahaja seharian. Gua mengendong bag menuju masjid di atas bukit berhampiran Australian Place iaitu Masjid Bandar Kota Kinabalu untuk solat Zuhur memandangkan sudah masuk waktunya. Ada sekolah tahfiz di masjid ini. Kedudukan Masjid Bandar Kota Kinabalu di atas cerun bukit menampakkan sebahagian Kota Kinabalu dari bahagian atas.
Selesai solat Zuhur, gua menuju ke KFC Jalan Bandaran yang tidak jauh dari Masjid Bandar Kota Kinabalu ni. Perut mula terasa lapar. Lagi pun ada kerja yang perlu dibuat dengan menggunakan komputer. Selama gua berada di Borneo bermula di Brunei, dalam bag gua ada laptop. Ke sana ke mari menggalas beban laptop di belakang. Berat jugak. Nak mengembara punya pasal. Kerja kena bawa sekali. Gua melepak di KFC Jalan Bandaran hingga jam 4.00 petang menyiapkan tugasan. 








Agenda selepas itu adalah mencari tempat penginapan yang sesuai untuk malam ini di Kota Kinabalu. Gua tak berapa suka menginap di sesebuah guesthouse yang sama tiap malam. Kalau boleh nak merasa guesthouse lain, yang mungkin lebih baik dari guesthouse sebelum ni. Dengan itu kita dapat tengok dan nilai sendiri mana yang terbaik untuk dicadangkan kepada rakan-rakan.
Gua melilau dulu petang itu di sekitar kawasan Kampung Ayer, Plaza Kota Kinabalu dan Pasar Besar Kota Kinabalu. Sampai di hadapan Pasar Sinsuran, gua menanyakan bilik di A&J Budget Hotel, tetapi hampa kerana bilik sudah penuh ditempah oleh kerana cuti sekolah. A&J Budget Hotel merupakan tempat gua menginap tempoh hari semasa Kota Kinabalu Short Escape sewaktu cuti Raya Haji tahun lepas. Betul betul di hadapan Pasar Sinsuran. Boleh tahan murah bilik di sini.





































Sampai ke Maghrib jugak gua melilau petang tu melihat suasana petang di Kota Kinabalu sambil mencari penginapan yang sesuai. Ada member gua cadangkan supaya menginap di Borneo Gaya Lodge di Jalan Gaya. Gua pun teruslah ke sana selepas puas melilau petang tu. Sampai di Borneo Gaya Lodge, gua terus tanya bilik apa yang ada. Katanya yang tinggal hanya satu bilik besar berharga RM60 semalam dan bilik dorm 10 orang (campur laki perempuan) yang berharga RM25 semalam. Gua minta kebenaran untuk tengok dulu kedua-dua bilik. Bilik dorm dah penuh dengan orang, bersepah penuh dalam tu. Memang standard macam tu lah kalau masuk check in lambat. Gua masuk tengok bilik besar pulak selepas tu. Cantik. Ada aircond, katil king size. Dua tiga kali jugak gua pikir nak ambil dorm atau bilik ni. Oleh kerana gua bawa laptop, gua ambil keputusan untuk ambil bilik besar ni. Dalam hati berat jugak nak ambil bilik ni disebabkan oleh kekangan kewangan. Tapi tak apalah, sekali sekala gua pikir. Inilah bilik paling mahal gua tidur selama di Borneo ni, RM60 semalam. Kalau kongsi berdua tak apa, ni solo pulak tu. Layan sahajalah.
Dapat bilik, gua mandi dan solat Maghrib. Bilik air di luar berdekatan dapur. Selesai solat, gua lepak main telefon dulu oleh kerana ada wi-fi percuma. Sedar-sedar dah pukul 1 pagi ! Gua tertidur. Letih sangat la kot menggalas beg ke sana ke mari di Kota Kinabalu ni. Bangun-bangun perut dah lapar. Bersiap apa patut cari makan di bawah, sekitar Jalan Gaya. Kebanyakan kedai dah tutup. Yang bukak pun 2-3 kedai sahaja yang beroperasi 24 jam. Gua melepak di Restoran Azlina Sulawesi. Ada macam macam makanan di sini. Bakso, nasi goreng semua ada. Gua melepak sambil tengok bola. Ramai jugak orang. Kebanyakan nampak macam dari semenanjung. 
Dah kenyang, gua saja berjalan membuat rondaan malam di sekitar Kota Kinabalu. jam menunjukkan jam 3 pagi. Keadaan sedikit sunyi. Di Jalan Gaya, keadaan cerah diterangi lampu-lampu jalan. Di bawah pokok sepanjang Jalan Gaya, kelihatan ada orang tidur di bangku-bangku. Melalui kawasan pasar Sinsuran, kelihatan peniaga sedang membasuh warung-warung mereka. Keadaan di Kota Kinabalu boleh dikatakan selamat pada waktu malam. Tak berapa takut nak jalan seorang diri pada waktu malam.
Lebih kurang 4.30 pagi , gua kembali ke Jalan Gaya. kelihatan Restoran Azlina Sulawesi tadi agak penuh dengan umat manusia. Rupanya ada perlawanan bola Champion League. Kelihatan juga anak-anak mat saleh. Bersemangat bangun pagi buta tengok bola. Gua pun terjebak sekali sampai ke waktu Subuh. Gua kembali ke hotel selepas itu. Solat Subuh dan baru tidur jam 6.30 pagi. Sedar-sedar dah pukul 10.30 pagi. Nak kena check-out pukul 12 tengahari. Bergegas gua kemas dan bersiap untuk check-out.





Rancangan gua adalah untuk ke Kundasang keesokan hari. Hari ini gua masih kena berada di Kota Kinabalu untuk menyiapkan tugasan yang masih belum belum siap. Kiranya malam ini gua kena bermalam lagi di Kota Kinabalu. Gua ambil keputusan untuk terus menginap di Borneo Gaya Lodge. Tapi kali ni gua ambil dorm sahaja. Nak jimat kos. Lepas check-out dari bilik tadi, gua terus bawa beg masuk ke dalam dorm. Dalam dorm gua tengok ada 2-3 orang mat saleh tengah terlentang main tab. Semua buat hal masing-masing. Gua letak beg di atas katil double decker tingkat atas, bawa barang berharga dan keluar. Nak duduk dalam tu lama-lama pun tak tahu nak buat apa. Jadi gua ambil keputusan untuk berjalan meronda sekitar Kota Kinabalu sambil mencari port untuk menyiapkan kerja tertunggak.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved