10 di keningau - Google Blog Search |
DUNIA ITU: Dua guru antara 3 cedera nahas <b>di Keningau</b> Posted: 27 Apr 2014 12:18 AM PDT Keadaan Myvi yang remuk di lokasi kejadian di Jalan Keningau-Tenom. Di belakang kelihatan trak pikap yang juga terbabit dalam kemalangan tersebut. KENINGAU: Seorang guru lelaki berusia 33 tahun cedera parah manakala dua lgi cedera termasuk seorang guru wanita dalam satu kemalangan yang berlaku di KM 13, Jalan Keningau-Tenom di sini pada tengah hari Rabu. Ketua Polis Daerah Timbalan Superitendan Robert Salisip @ David berkata di sini semalam sebuah trak pikap yang datang dari Keningau bertembung dengan sebuah Myvi yang dipandu oleh guru lelaki berkenaan dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu. Robert berkata siasatan awal menunjukkan trak tersebut terbabas ke laluan kanan dan bertembung dengan Myvi tersebut. "Pemandu trak yang berusia 45 tahun itu cedera ringan manakala guru lelaki berkenaan yang berusia 33 tahun, pula patah kaki dan guru wanita yang berusia 24 tahun, penumpang Myvi, cedera ringan," katanya. Robert menasihatkan pengguna jalan raya supaya mengutamakan keselamatan dengan memandu cermat untuk mengelak kemalangan dari berlaku. Sumber The Borneo Post 25 Apr 2014 |
You are subscribed to email updates from di keningau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan