di negeri sabah - Google Blog Search |
Pengedar <b>DI</b> Grow: <b>Sabah</b> Perkemas Program Pertanian <b>Negeri</b> Posted: 19 Mar 2014 05:42 AM PDT Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah akan memperkemas dan memantapkan kecekapan pelaksanaan program dan projek pembangunan pertanian di negeri ini menjelang Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11). Menterinya Datuk Yahya Hussin berkata jabatan dan agensi di bawah kementerian akan mengenal pasti isu, dasar, strategi dan program yang akan dilaksanakan di bawah RMK-11. Kementerian telah membentuk dua kumpulan kerja teknikal iaitu agromakanan dan industri komoditi untuk merangka strategi menyeluruh bagi pembangunan sektor pertanian di negeri ini, katanya pada majlis perhimpunan perdana kementerian berkenaan di sini, hari ini. "Kini kita berada di penghujung suku tahun pertama 2014. Ini bermakna kita semakin mendekati penghujung tempoh RMK-10. "Saya berharap kita dapat menyediakan perancangan program yang teliti dan komprehensif untuk membolehkan kerajaan mencapai tahap negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020," kata Yahya, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah. Sumber: Bernama |
You are subscribed to email updates from di negeri sabah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan