ads

Isnin, 7 April 2014

10 di tuaran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


Bendera Israel Berdiri Megah Di Sebuah Resort, <b>Di Tuaran</b> Sabah <b>...</b>

Posted: 06 Apr 2014 11:56 PM PDT


Kecoh dalam alam maya betapa rakaman gambar yang menunjukkan bendera Israel berkibar megah sebaris dengan Jalur Gemilang di suatu resort di Tuaran Sabah sempena "WORLD STEWARDESS CONTEST".

Mengapa bendera zionis Israel dibenarkan berkibar di Malaysia ?, 

Israel adalah sebuah negara haram yang didirikan dengan marampas tanah negara Palestin termasuk membunuh ribuan rakyat Palestin.

Oleh kerana Israel adalah sebuah negara haram, Malaysia mengharamkan rakyat Malaysia memasuki negara haram Israel dan paspot rakyat menulis "prohibition" untuk masuk ke Israel.

Benarkah Malaysia tidak iktiraf Israel ?

Benarkah Malaysia tidak benarkan sebarang hubungan diplomatik dengan Israel ?

Suatu masa dulu bendera Israel pernah dikibar megah di bangunan UMNO .. tidakkah ini satu pengiktirafan oleh BN-UMNO terhadap Israel ?

Apakah ini bukan hipokrasi UMNO ?

Adakah kerana peserta dari Israel juga ada mengambil bahagian ?

- IdaMan

PAS Sabah kecam kibar bendera Israel

PAS Sabah mengecam pengibaran bendera Israel di sebuah resort di Tuaran sempena acara 'World Stewardess Contest'.

"Perkara ini  sangat mengguris perasaan umat Islam Sabah khususnya dan rakyat Sabah secara umum.

"Negara haram Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia, bagaimana mungkin kita boleh benarkan  bendera negara mereka berkibar megah di sini," kata Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling.

Menurutnya, Israel merupakan penjenayah antarabangsa yang telah membunuh dan memerangi negara umat Islam di seluruh dunia.

Justeru, ujar beliau pihak kerajaan sewajarnya mengambil tindakan dan pendirian tegas mengenai perkara itu.

Beliau berkata, Menteri Luar yang berasal dari Sabah, Datuk Seri Anifah Aman harus bertindak dengan segera.

Menurutnya, Malaysia yang mendakwa sebagai sebuah Negara Islam tidak seharusnya membiarkan negara musuh Islam senang-senang masuk dan membiarkan mereka mengadakan atau mengikuti sebarang acara di negeri ini.

"PAS Sabah sekali lagi mengecam tindakan mengibar bendera Israel dan memberi tempoh 24 jam untuk menurunkan bendera tersebut," tegasnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved