10 di penampang - Google Blog Search |
Remaja Perempuan Meninggal Dunia Disimbah Asid <b>di Penampang</b> Posted: 19 Apr 2014 07:00 PM PDT KOTA KINABALU: Seorang remaja perempuan meninggal dunia selepasdisimbah asid oleh seorang lelaki misteri di sebuah premis makanan berhampiran Towering, Jalan Penampang dekat sini, Sabtu. Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Ratan Kumar Singh berkata mangsa yang dikenali sebagai Memey Kandusan, 19, meninggal dunia kira-kira 11.20 pagi ini selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Queen Elizabeth. "Difahamkan mangsa sedang bersarapan di kedai berkenaan bersama dua rakannya sebelum didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali, pada kira-kira pukul 5.30 pagi. "Suspek yang memakai topi itu dikatakan bertindak melempar sejenis cecair dipercayai asid ke bahagian muka mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu. Beliau berkata tiada tangkapan dilakukan dan motif kejadian masih dalam siasatan. - Bernama |
Peguam Maut Selamatkan Anak Anjing Dalam Lubang <b>Di</b> <b>...</b> Posted: 24 Apr 2014 01:20 AM PDT Cubaan kali kedua seorang peguam menyelamatkan anak anjingnya yang baru lahir di dalam lubang kecil menemui ajal selepas terperangkap di dalam lubang berkenaan dalam kejadian di Kampung Pisang Babah, di sini, petang semalam. Dalam kejadian pada jam 1 petang itu, mangsa Jay Jeffrey Linjungan, 27, ditemui di dalam lubang oleh adik mangsa dalam jarak lebih kurang 20 meter dari rumah mangsa. Difahamkan, sebelum kejadian pada Selasa lalu, mangsa dipercayai menyelamatkan dua ekor anak anjingnya yang terperangkap di dalam lubang dan semalam mangsa sekali lagi cuba menyelamatkan seekor lagi anak anjing yang terperangkap namun gagal. Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan mendapati mangsa lemas selepas terperangkap di dalam lubang ketika cuba menyelamatkan beberapa anak anjing milik mangsa. "Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai cuba menyelamatkan anak anjing namun gagal untuk keluar dari lubang dan hanya disedari oleh adik mangsa sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE). "Bagaimanapun mangsa dipercayai sudah meninggal dunia sebelum tiba di hospital berkenaan," katanya. Incoming search terms: |
You are subscribed to email updates from di penampang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan