10 di lahad datu - Google Blog Search |
GEMPAR! - Ikan Naik Kedarat <b>Di Lahad Datu</b> Apakah Bencana <b>...</b> Posted: 24 Dec 2013 05:32 AM PST TAOTAUAJER - Satu fenomena aneh yang menggemparkan berlaku di Lahad Datu, Sabah apabila penduduk kampung di Pulau Tambisan mendapati ikan laut muncul dengan banyak berhampiran daratan. Ramai yang mengatakan fenomena pelik ini menunjukkan tanda-tanda yang kurang baik bakal terjadi tidak lama lagi di kawasan tersebut. Mungkin ramai yang tau dimana kejadian ini pernah berlaku pada tahun 2004 yang menyebabkan bencana alam yang dahsyat berlaku di Acheh. Pada 26 Disember 2004 kejadian ini belaku mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlakunya yang meragut beribu-ribu nyawa di Acheh dan juga tempiasnya ke Malysia. Haiwan-haiwan ternakan dan peliharaan menunjukkan tingkah laku pelik. Malah para nelayan turut mengatakan hidupan laut dalam telah muncul di persisiran pantai. Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi. Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu berkata, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan. "..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat. "Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut. "Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya. Selain daripada itu, apa yang pelik adalah tarikh kejadian ini adalah hampir dengan kejadian yang pernah mengorbankan ramai penduduk di Keningau, Sabah pada 26 disember 1996 apabila di landa Ribut Greg. Difahamkan kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku dan pernah sudah beberapa kali berlaku akibat apabila musim ikan besar mendarat di perairan Tambisan makan ikan yang kecil-kecil seperti dalam video ini akan ke tepian pantai untuk menyelamatkan diri daripada mangsa buruan ikan-ikan besar. Fenomena ikan naik darat di Lahad Datu ini juga berkemungkinan terjadi sebab kelmarin ada gempa bimi berskala kecil berlaku di filipina dan laluan pusat gempa tu sejajar arah kinabatangan SUMBER : Sinarharian ,Carigold TAOTAUAJER : Bagi yang tidak pernah menyaksikan kejadian ini pasti akan timbul perasaan gusar dan takut dan sering mengaitkan dengan kemungkinan perkara negatif. Sesungguhnya Allah maha berkuasa ... Yakinilah bahawa semuanya berada dalam pengetahuan dan perhitungan Allah s.w.t. Hati kita hendaklah dipenuhi keyakinan. - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa |
You are subscribed to email updates from di lahad datu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan