KOTA KINABALU 13 Mac - Kerajaan merancang menempatkan satu batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) dan satu batalion tentera di Kudat yang merupakan satu daripada 10 daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek berkata, penubuhan dua batalion itu membuktikan komitmen kerajaan untuk menjaga keamanan dan keselamatan rakyat Sabah, terutama di Esszone.
"Bagi tujuan meningkatkan kawalan keselamatan dan menjamin keamanan penduduk yang tinggal di kawasan pesisir pantai, kerajaan telah bersetuju untuk mewujudkan enam batalion pasukan keselamatan, masing-masing tiga batalion tentera dan PGA.
"Ini bermakna dua batalion iaitu satu batalion PGA dan satu batalion tentera akan ditempatkan di Kudat yang pasti akan membantu meningkatkan tahap keselamatan di kawasan ini," katanya.
Beliau berucap dalam majlis perasmian Program Semarak Bersama Esscom yang dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Banggi, Datuk Abdul Mijul Unani di Dewan Tun Mustapha Kudat dekat sini hari ini. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Ne...z2vpGYQBEw
© Utusan Melayu (M) Bhd
Possibly Related Threads...
Hotline Keselamatan Malaysia, Filipina
Sebuah Briged Pga Dengan Tiga Batalion Akan Diwujudkan Di Sabah - Kpn
Majlis Keselamatan Pbb Setuju Tambah Anggota Pengaman Di Selatan Sudan
Mutakhirbh_langkah Keselamatan Diperketat Meskipun Ancaman Melalui Khabar Angin
Mutakhirbh_maklumat Awal Bantu Pasukan Keselamatan Bertindak Segera: Esscom
Mutakhirbh_rci: Bekas Km Sabah Puji Pasukan Keselamatan
Mutakhirbh_tidak Ada Pengawal Keselamatan Di Rumah Khairy Ketika Rompakan: Polis
Globalnews_filipina Tingkat Kawalan Keselamatan Di Sulu
Globalnews_pekerja Filipina Di Taiwan Dinasihat Elak Keluar Rumah Demi Keselamatan
Pengawal Keselamatan Cuai
0 ulasan:
Catat Ulasan