ads

Selasa, 15 April 2014

10 di kota belud - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di kota belud</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Mar 2014 09:38 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Tiga anggota APMM lalui detik cemas bot karam <b>di</b> perairan <b>Kota</b> <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2014 01:40 PM PST

KOTA KINABALU: Tiga anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melalui detik cemas apabila terpaksa berenang lima jam selepas bot yang dinaiki mereka karam dipukul ombak besar, di perairan Kota Belud, petang kelmarin.

Bagaimanapun, Jailani Yusof, 26, dan adiknya Lezam Yusof, 18, serta rakan mereka Romi Saini, 20, dari bahagian penyelenggaraan sistem pengawasan laut diselamatkan orang awam dan pasukan penyelamat Maritim pada kira-kira jam 9 pagi semalam.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Kota Kinabalu, Kapten Maritim Zin Azman Md Yunus berkata ketika kejadian, ketiga-tiga mereka dalam perjalanan dari Karakit, Kudat ke stesen sistem pengawasan di Pulau Balambangan dan Mantanani.

Bot yang dinaiki mereka secara tiba-tiba dipukul ombak sewaktu memasuki perairan daerah Kota Belud pada jam 6 petang dan terpaksa berenang di perairan itu sebelum tiba di pantai Mimpian Jadi Resort lima jam kemudian, katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata tiada kecederaan dilaporkan kecuali ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan lemah sebaik tiba di Jeti Maritim Malaysia di Sepanggar pagi semalam.

Sementara itu, Jailani berkata mereka mengalami kekejangan otot kaki setelah hampir sejam berenang di laut sebelum mengerah kudrat untuk tiba di pantai Mimpian Jadi Resort.

"Badan kami ketika itu benar-benar letih dan menggigil akibat kesejukan sebelum mengorek pasir dan menanam badan kami sendiri bagi mengurangkan kesejukan," katanya.

Beliau berkata kejadian itu merupakan pengalaman pertama kali dilaluinya setelah tiga tahun bekerja di bahagian penyelenggaraan. — Bernama

DATUK SALLEH MENGUASAI MEDIA SOSIAL <b>DI KOTA BELUD</b>

Posted: 28 Feb 2014 03:46 AM PST

Datuk Salleh Tun Said adalah antara politikus di Sabah yang begitu aktif dalam strategi menguasai media sosial.Speaker Dewan Undangan negeri itu yang juga ADUN USUKAN dan Ketua Bahagian UMNO KB, adalah seorang politikus yang sangat luarbiasa keflexsibelitiannya. Daya kelengkungan politiknya sangat luar biasa menjangkaui lebih 90% darjah kebarangkalian politik di negara ini. Mungkin ramai yang tidak bersetuju tetapi sebagai rekod, Datuk Salleh aadalah antara pemimpin politik di Sabah yang terawal menguasai dunia perblogan apabila mantan ketua menteri itu mempunyai blog peribadi sendiri pada awal 2000-an. Pada waktu itu, masih ramai yang belum mengenal dunia blog dan fcb.Pengikut pun hanya beberapa kerat sahaja,namun pada waktu itu Datuk Salleh sudahpun menongkah arus politik apabila merakamkan segala aktiviti dan pandangan politiknya dalam blog peribadinya yang boleh dilawati oleh sesiapapun.
Terkini setelah memnenagi DUN Usukan pada PRU13, meskipun tidak dilantik menganggotai kabinet negeri  mahupun persekutuan , Datuk Salleh yang kini menjangkau usia lewat 50-an, tidak ingin ketinggalan bersama-sama generasi Y dalam dunia media sosial . Datuk Salleh dikhabarkan begitu aktif mentarbiyah pengikutnya dalam beberapa laman soaial seperti KBkini dan Usukankini. Ini juga termasuk mengrekrut pengikut-pengikut baru yang ingin menjunjung "SALLEH-ISME". Pastinya pemikiran dan world view politik Datuk Salleh dialirkan melalui laman-laman web ini. Setiap pagi dan saban waktu,pandangan, idealisme, gagasan, cetusan dan aliran pemikiran Datuk Salleh dikupas, dicerna, diperhalusi oleh ratusan pengikut-pengikut beliau.
Bukan hanya terhad dalam pertemuan maya, malah pertemuan face to face juga direalisasikan. Pada 22.Februari lepas, satu pertemuan yang dinama sebagai santai minda media sosail diadakan di satu pusat rekreasi iaitu di Rikaraya Restoran di Kg Kualambai dalam DUN USUKAN. Program santai minda pengamal media sosial (membara) Kota Belud....dianjurkan oleh Jab Penerangan kota belud, Biro Penerangan Umno KB dan Jasa.Walaupun yang hadir hanya wajah-wajah yang sama, namun ia dianggap satu permulaan dan mengrekrut pengikut media sosial meskpun diselitkan dengan penerangan isu-isu semasa daerah dan negara. Antara aktiviti yg dibuat, taklimat kenaikan tariff elektrik, busking santai dari kumpulan jab penerangan sabah (pentarama) , memancing dan program derma darah kerjasama biro kebajikan yg dipengerusikan oleh Aziz Belin dan Hospital kota Belud.
Antara yg hadir.. Yb Jaremy Malajad, UPKR Usukan Abdul Majin Pessan, Ado Norsafi Dukah, pengerusi kebajikan umno kb pak aziz bilin, pengerusi biro penerangan Zainal Abidin, Naib Ketua Wanita Jenas atong dan pemimpin2 tempatan.
Kemampuan dan daya serapan politik Datuk Salleh terhadap generasi Y, mungkin antara lain yang diperolehi oleh pemimpin paling berprestij ini tatkala menghadsapi lawan ketika PRU13. Sdr Mustapha Sakmud yang turut menyertai gelanggang di USUKAN bukan sahaja seorang yang perpendidikan tetapi juga adalah antara anak-anak muda  generasi Y yang aktif dalam media sosial. Lantaran dari itu, apakah keputusan Datuk Salleh melontarkan bom-bom ideaisme nya media sosial melalui Kbkini dan Usukankini akan mengubah hala tuju pemikiran politik generasi Y di Kota Belud dalam 4 tahun akan dxatang ini? Tidak ada sebab yang sangat kuat untuk datuk Salleh menyertai media sosial ini selain dari memantapkan pengaruh politiknya di kalangan anak-anak muda generasi Y dan atas pagar yang masih kehausan dan ketandusan isme politik.
Jika pihakpembangkang di Kota Belud tidak mengambil peduli perkembangan terbaru ini, rasaanya hasrat mahu menawan Usukan dan Dun Sekitarnya di Kota Belud akan tinggal sebagai impian semata-mata.

Kelapa Mawar: POLITIK PEMIMPIN <b>DI KOTA BELUD</b> DIAMBANG <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2014 07:33 AM PST

Politik di Kota Belud, walau diluar nampak tentang selepas PRU13, sebenarnya masih bergelora dengan pelbagai ragam pendekatan dan isu-isu berbangkit. Pun begitu politik peribadi para pemimpin di daerah koboi ini telah mula beranjak ke arah yang lebih positif. Politik minda kelas pertama sesunggiuhnya jauh dario pransangka, kesumat jalanan, dendam membara, dan lebih utama meletakkan kepentingan rakyat jauh dari pergolakan politik peribadi.

Pada Oktober 2010, diblog ini saya menulis berkaitan dengan kehadiran Datuk Shafie Apdal yang ketika itu menjawat Naib Presiden UMNO pertama dari Sabah, merangkap menteri KKLW di kota Belud.Kehadiran pemimpin paling menonjol di peringkat persekutuan ini hanya kerana atas sebab sambutan Hari Raya. Sambutan sangat luar dan biasa. Kerana saya sifatkan demikian ketika itu Datuk Shafie hanya bersendirian tanpa ada kehadiran, baik ketua UMNO Bahagian iaitu Datuk Salleh, baik Kehadiran MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan, baik Datuk Musbah, atau Datuk Japlin ataupun pemimpin yang paling berjaya dalam politk peribadiya iaitu Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Ketidakhadiran kesemua pemimpin KB ketika itu mencetuskan polemik, tanda tanya, spekulasi dan cerita-cerita liar kononnya kepimpinan Datuk Shafie Apdal tidak mendapat bai'ah dari pemimpin politik Kota Belud.

Masa telah berlalu, 2010 meninggalkan kita dengan pelbagai derita dan gumbira dalam hidup masing-masing.Namun politik para pemimpin di Kb sentiasa berada dalam penilaian, pengamatan dan tafsiran yang berganda dikalangan penganalisis politk. Dalam 2014 ini iaitu dua hari lepas, sekali lagi Datuk Shafie Apdal melabuhkan punggungnya di bumi Kota belud.

Kehadiran beliau ini menjadi tumpuan kerana selain daripada atas tugas rasmi,iaitu merasmikan sistem bekalan air bersih bagi daerah KB, ia juga menjadi tumpuan ekoran kehadiran Datuk Musbah Jamli  ADUN Tempasuk dan Mp Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan. Di mana Datuk Salleh Tun Said? Apakah yang turun itu bukan Naib Presiden UMNO? di mana Datuk Japlin selaku Naib ketua UMNO Bahagian KB?

Kita mengharapkan agar penerima kepimpinan Datuk Shafie Apdal di Kota belud dapat dijelmakan dalam bentuk kehadiran dan sambutan pemimpin politik ketika menteri KKLW dan Naib Presiden UMNO ini hadir di Kota Belud. Jika penerimaan ini berlaku dalam bentuk sambutan, maka ukhuwah di peringkat cawangan dan bahagian juga akan bertambah erat lebih-lebih lagi bila melihat pemimpin di peringkat atas begitu mesra dan bersama menangani masalah rakyat. Bekalan air bersih di KB bukan lagi masalah yang berusia 10 atau 15 tahun tetapi menjangkau lebih 40 tahun sejak merdeka lagi. Bukankah adalah lebih elok jika masalah ini ditanggung bersama?

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved