ads

Khamis, 10 April 2014

10 di kota belud - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


Tiga anggota APMM lalui detik cemas bot karam <b>di</b> perairan <b>Kota</b> <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2014 01:40 PM PST

KOTA KINABALU: Tiga anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melalui detik cemas apabila terpaksa berenang lima jam selepas bot yang dinaiki mereka karam dipukul ombak besar, di perairan Kota Belud, petang kelmarin.

Bagaimanapun, Jailani Yusof, 26, dan adiknya Lezam Yusof, 18, serta rakan mereka Romi Saini, 20, dari bahagian penyelenggaraan sistem pengawasan laut diselamatkan orang awam dan pasukan penyelamat Maritim pada kira-kira jam 9 pagi semalam.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Kota Kinabalu, Kapten Maritim Zin Azman Md Yunus berkata ketika kejadian, ketiga-tiga mereka dalam perjalanan dari Karakit, Kudat ke stesen sistem pengawasan di Pulau Balambangan dan Mantanani.

Bot yang dinaiki mereka secara tiba-tiba dipukul ombak sewaktu memasuki perairan daerah Kota Belud pada jam 6 petang dan terpaksa berenang di perairan itu sebelum tiba di pantai Mimpian Jadi Resort lima jam kemudian, katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata tiada kecederaan dilaporkan kecuali ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan lemah sebaik tiba di Jeti Maritim Malaysia di Sepanggar pagi semalam.

Sementara itu, Jailani berkata mereka mengalami kekejangan otot kaki setelah hampir sejam berenang di laut sebelum mengerah kudrat untuk tiba di pantai Mimpian Jadi Resort.

"Badan kami ketika itu benar-benar letih dan menggigil akibat kesejukan sebelum mengorek pasir dan menanam badan kami sendiri bagi mengurangkan kesejukan," katanya.

Beliau berkata kejadian itu merupakan pengalaman pertama kali dilaluinya setelah tiga tahun bekerja di bahagian penyelenggaraan. — Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved