10 di keningau - Google Blog Search |
13/02/2014:Perkembangan terkini banjir <b>di Keningau</b> | BERITA <b>...</b> Posted: 13 Feb 2014 12:53 AM PST Sekurang-kurangnya 30 buah kampung di Tenom, Keningau dan Tambunan ditenggelami air apabila Sungai Pagalan Apin-apin Keningau melimpah dan mencatat bacaan 178.65 meter iaitu melebihi paras bahaya SETAKAT PUKUL 3-PETANG TADI. Tinjauan krew berita RTM ke Kampung Kapayan Baru Apin-apin Keningau mendapati beberapa buah kampung terputus hubungan apabila jalan raya termasuk jambatan gantung yang menghubungkan kampung-kampung berhampiran terputus dan ada yang dibawa arus. Di Keningau, tiga Pusat Penempatan Sementara dibuka iaitu di Dewan Kg. Ansip, Balairaya Kg. Toboh Laut dan Balairaya Kg. Meninipir bagi menempatkan seribu 222 orang penduduk yang terjejas. Manakala di Tenom, 10 buah pusat pemindahan banjir dibuka bagi menempatkan seribu 287 mangsa banjir. Penolong Pegawai Daerah Tenom, Puin Piduru berkata, jumlah itu meliputi 16-buah kampung yang terjejas akibat banjir. Sementara itu, Wakil Ketua Anak Negeri Mukim Dalit di Daerah Kecil Sook, Sukilim Andamat ketika dihubungi berkata, paras air Sungai Dalit kembali normal dan penduduk sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. salma/dasni/cov/Any she |
You are subscribed to email updates from di keningau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan