10 di semporna - Google Blog Search |
gajahgenduts03.blogspot.com: Makanan Best <b>di Semporna</b> Posted: 22 Mar 2014 08:47 AM PDT Assalamualaikum.I'm back!!!School holiday is coming! Wehuuuuu....Setelah melalui perjalanan yang sangat memenatkan dari Tawau-KL-Penang, finally aku tiba di kampung halaman semalam. Letih okeh! Kesannya satu hari ni keje aku nak tido je.. Balas dendam! (tapi tido dalam kepanasan. Ingatkan Semporna je panas, Kedah pon panas uolls). Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ini, aku nak buat entri khas mengenai makanan best yang aku temui sepanjang berada hampir 3 bulan di Semporna.Semporna memang dah dikenali dengan pulaunya yang cantik. Mabul, Sipadan, Sibuan, Kapalai dan lain-lain memang cukup top dikalangan pelancong. Kalau dah namanya tempat berdekatan dengan laut, tentu la kan seefood paling top dan murah! Aku terjah market dan sentap bila tengok harga ikan kembung sekilo RM2 okeh. Kat Kedah, harga ikan kembung paling murah kata mak aku RM5-6 sekilo.. Harga ayam dan daging pulak mahal uolls.. Rasanya sepanjang duduk dekat Semporna, aku tak pernah lagi kot makan daging kambing mahupun lembu. Jap ek aku ingat semula.. Rasa memang tak pernah lagi la.So, kalau datang sini aku suggestkan anda semua mencuba makanan berunsurkan seefood. Sekali tu aku try makan mee goreng basah kahanga. Mula-mula aku tak tahu pun kahanga tu apa. Ingatkan nama masakan. Aku bantai main order je. Bila dimakan, rasa liat@kenyal ala-ala makan sotong. Pas tanya tanya kawan aku, barulah aku tahu yang makanan yang aku makan tu adalah spesis siput yang agak besar bernama kahanga. Siapa yang suka sotong, boleh la try rasa kahanga ni.. Sedap kot! Aku try gak makan kahanga masak halia. Curlass uollss.. hahahaha.. Nak tengok rupa kahanga, boleh la search kat google..Tadi aku ada menyebut pasal mee goreng basah kan.. Meh aku nak tunjukkan rupa mee goreng basah itu. Mesti mampu menggamit rasa lapar korang kan?kan?kan?Inilah rupa mee goreng masah di Semporna. Antara makanan yang menjadi kegemaran aku tapi ada restoran yang masak sedap dan ada yang masak tak sedap. hahaha.. Datang Sabah atau Semporna, boleh la cuba mee goreng basah kahanga ke, seefood ke ataupun ayam. Mee yang digunakan memang tak sama dengan mee di semenanjung. Cuba ye jangan tak cuba.Menu lain yang aku suka adalah nasi lalap ayam. Takkan nak makan seefood je selalu. Kang kena gout, hancus la plan nak travel pas ni. hehehehe.. Setakat ni, nasi lalap Fadhirah Cafe di pekan Semporna memang menjadi pujaan aku dan rakan-rakan. Sambal dia memang terbaik bagi aku. Simple but totally delicious! Selain nasi lalap, makanan berasaskan sup memang terkenal di cafe ni. Last but not least, air kat sini memang daebak!!! Minta je air apa, nescaya rasanya tidak pernah mengecewakan. Service pulak pantas.Pernahkah ada makan pisang goreng cheese??? Jujur la kan, aku agak jakun dan teruja untuk merasa benda alah ni di Semporna. Tak pernah kot aku jumpa pisang goreng cheese sepanjang hayat berada di semenanjung. Rasanya sedap dan bergantung juga kepada jenis pisang dan jumlah cheese yang ditaburkan di atas pisang. Kalau lagi banyak cheese ditabur, lagi la nikmat kan uolls? (macam mana nak kurus kalau begini???hahahaha).Selain itu, menu berasaskan payau juga popular di sini (payau adalah rusa dalam versi Sabah). Tapi setakat ni aku pernah rasa sup payau dekat airport Tawau je. Memang kedai makan tu sangat popular dengan sup payaunya. Sambal dia pun sedap (tetiba je rasa lapar berkumandang pulak..cisss!!!). Kalau singgah di airport Tawau, boleh la try makan di kedai ni. Lokasinya berdekatan dengan airport saja.Aku dan Cik L rajin juga makan bihun sup dan soto versi bugis style.. Rasanya not bad la! Keunikkannya dalam bihun sup atau soto ada telur, begedil dan sambalnya agak lain sikit compare dengan versi mak aku masak (sambal kicap). Boleh la cuba kalau anda ingin merasa kelainan.Next adalah nasi kuning. Nasi kuning ni ibarat nasi lemak kalau di semenanjung. Memang antara menu utama penduduk Sabah. Rasa nasi kuning ala-ala nasi lemak sikit sebab ada rasa lemak-lemak santan dan berbau wangi. Tambahan kalau dibungkus dalam daun pisang. Perhhhhh!!! Perbezaannya dengan nasi lemak adalah warnanya yang berwarna kuning dan lauknya adalah ikan tongkol masak sambal. Itu saja..hew hew hewLastly, menu kegemaran aku dan Cik L bila dah terdesak adalah KFC.. kah kah kah.. Sebabnya di Semporna just ada fast food yang bernama KFC sahaja. Itu yang bila sampai LCCT, terus terjah McD.. Mengesiankan betul.. hahaha..#Kalau asyik makan je, agak-agak bila aku nak kurus ni??? Adussss.... |
You are subscribed to email updates from di semporna - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan