ads

Jumaat, 14 Mac 2014

10 di semporna - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Mawardi Yunus: Menarik <b>Di Semporna</b> | Tip Mengunjung Daerah <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2014 03:13 AM PST



Menarik Di Semporna | Tip Mengunjung Daerah Semporna Sabah | Perjalanan dari Tawau ke Semporna memakan masa lebih kurang 60 minit dengan menaiki Nissan Navara [klik]amacam *laju kan Sepanjang perjalanan kami hanya bertemankan ladang-ladang sawit di kiri dan kanan jalan.

Untuk info tambahan khas untuk korang, terdapat kaum Cocos yang mendiami satu kawasan di pertengahan Tawau Semporna. Asal usul keturunan ini adalah pendatang dari Australia yang di bawa oleh British semasa zaman penjajah dulu-dulu. Dan yang paling penting anak gadis kaum ini memang putih-putih dan lawa-lawa. *eh macamana MY tahu nie? ha ha google la apa lagi kan.


Daerah Semporna ni merupakan daerah yang sibuk menerima kedatangan pelancong setiap hari. Sebab utamanya adalah kerana kejernihan air laut yang tiada bandingannya. Oleh sebab itu, banyak aktiviti dapat dilaksanakan seperti menyelam, 'snorkeling', berenang, memancing dan sebagainya. Pengunjung boleh menikmati keindahan laut dan menyelam di pulau-pulau seperti Sipadan, Mabul, Kapalai, Mataking dan Sibuan [klik].
Sini ada beberapa tips kalau nak ke Semporna.
MASA TERBAIK UNTUK MELANCONG :
Pengunjung boleh melawat Semporna sepanjang tahun. Jika anda bercadang ke Pulau Sipadan untuk menyelam, masa terbaik untuk lawatan anda adalah sekitar April hingga Jun. Ini kerana pada bulan-bulan ini jarak penglihatan menyelam adalah sekitar 30m hingga 50m berbanding bulan-bulan lain hanya sekitar 20m sahaja. Dari bulan May hingga Ogos, anda mungkin bertuah untuk melihat sendiri penyu-penyu bertelor disepanjang pulau-pulau. Pada pertengahan April setiap tahun, daerah ini menyambut 'Perayaan Pesta Air' Regatta Lepa [klik].
Bahasa Melayu Malaysia ditutur oleh penduduk tempatan dalam dialek 'baku-sabah'. Selain itu terdapat juga Bahasa Bajau dan Bahasa Suluk turut dipertuturkan oleh suku-suku kaum disini. Bahasa Inggeris selaku bahasa kedua Malaysia boleh digunapakai di Semporna dan difahami dengan meluas. Lebih 95% penduduk tempatan Semporna beragama Islam.
Panas & lembab khatulistiwa sepanjang tahun antara 21ºC (70ºF) ke 32ºC (90ºF). Kelembapan adalah tinggi (85-95%). Musim tengkujuh bermula dari November hingga Februari. Disebabkan oleh cuacanya yang panas anda dinasihatkan mengunakan 'sunblock' sewaktu berada di laut atau pulau-pulau.
Pakaian kasual. Tiada masalah jika anda menggunakan seluar pendek dan tshirt. Sebaiknya anda menggunakan pakaian berasaskan kain kapas atau yang mudah menyerap peluh. Gunakan pakaian yang sesuai untuk berenang, snorking dan menyelam.
NILAI WANG DAN KAD KREDIT : 
Semua transaksi menggunakan 'RM' (Ringgit Malaysia). RM 1.00 bersamaan 100 sen. Nilai pertukaran semasa Ringgit ke US Dollar adalah dalam anggaran USD1=RM3.20. Pertukaran wang asing boleh dibuat di lapangan terbang Tawau atau di bank-bank komersil di Semporna. Ada 2 bank di Semporna iaitu Bank Simpanan Nasional dan Maybank. Kedua-duanya dilengkapi dengan kemudahan ATM. Mesin CDM (Cash Deposit Machine) hanya terdapat di Maybank. Tiada bank atau mesin ATM di pulau-pulau. Visa dan Mastercard boleh digunapakai di Semporna.
Kesemua hotel/resort mempunyai kemudahan telefon dan faks (termasuk kemudahan IDD (International Direct Dial). Kod Akses untuk membuat panggilan antarabangsa dari Malaysia ialah 00. Untuk maklumat tambahan, sila dail 103. Operator Telekomunikasi Selular (TELCO) seperti talian Digi, Maxis dan Celcom menyediakan akses yang baik dengan kemudahan 3G dan 'Mobile Broadband'. Kebanyakkan hotel/resort mempunyai akses internetnya tersendiri. Kemudahan WiFi dan CyberCafe boleh didapati dengan mudah. Kelajuan internet mencapai 'broadband' dengan minimum 384kbps.

Perhiasan peribadi berasaskan mutiara dan kristal amat popular sekali dikalangan pelancong. Item seperti butang baju melayu, keronsang, cincin, gelang dan rantai mutiara mudah didapati di kedai-kedai di kawasan pekan, restoran dan hotel. Selain itu baju 'T', rantai kunci, poskad dan cenderamata lain berasaskan 'Sipadan' dan 'Semporna' juga ada di jual. 
Cenderamata 'khas' Semporna adalah replika bot 'Lepa' yang diperbuat daripada kayu, 'barung', parang dan 'pedang samurai' hasil pertukangan penduduk tempatan. Namun jika anda berhajat untuk mendapatkan barangan 'senjata' ini, anda perlu berhati-hati untuk membawanya ke dalam pesawat. Pelancong dinasihatkan agar berwaspada dengan penjualan cenderamata 'jalanan' dan gunakan kebijaksanaan anda untuk proses tawar-menawar.
Bagaimana Untuk Ke Semporna.
1. Penerbangan Harian / Daily Flights
MAS/ AIRASIA - from Kota Kinabalu to Tawau
Fares: *check with the nearest travel agents 
AIRASIA - from Kuala Lumpur to Tawau
Duration: 2 Hours and 45 mins
2. Bas Ekspress / Express Bus
From Kota Kinabalu to Semporna
Fares: RM58 Duration: 9 hours
Fares: RM80 - RM100 Duration: 1hr 45mins
Fares: RM12 - RM20 Duration: 1hr 45mins
Untuk info yang lebih lengkap korang leh layari website sabah.gov.my [klik]


p/s: cenderamata di semporna lebih murah dari di Tawau. Jadi, disini adalah tempat yang paling sesuai untuk borong dan beli cenderamata untuk yang tersayang.




0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved