ads

Ahad, 23 Mac 2014

10 di penampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


251 PATI ditahan dalam Ops Tanduk <b>di</b> Kota Kinabalu, <b>Penampang</b> <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2014 12:07 AM PDT

KOTA KINABALU, 18 Mac: Pihak berkuasa menahan 251 pendatang tanpa izin dalam Ops Tanduk yang dijalankan di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang selama dua hari sehingga semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan DSP Annuar Ali berkata daripada jumlah itu, 247 ialah warga Filipina (162 lelaki, 42 wanita, 19 kanak-kanak lelaki dan 24 kanak-kanak perempuan), manakala baki empat orang merupakan lelaki Indonesia.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya sepanjang tempoh itu, pihak berkuasa memeriksa 469 orang dengan kawasan sasaran penempatan setinggan, rumah kongsi dan tapak pembinaan serta premis perniagaan.

Sebahagian yang diperiksa dibebaskan kerana mempunyai dokumen termasuk sijil kelahiran bagi bukan warganegara yang berstatus penduduk tetap Sabah.

Operasi melibatkan 100 anggota dan pegawai Pasukan Petugas Khas Persekutuan, Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Ketua Menteri Sabah dan Jabatan Pendaftaran Negara. – BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved