ads

Isnin, 31 Mac 2014

10 di lahad datu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


tembak-menembak (kematian) <b>di lahad datu</b> hanya <b>...</b> - MyMassa

Posted: 10 Feb 2014 11:57 PM PST

DIALOG berikut ialah sedutan daripada klip video ONEderful Malaysia! CNY 2014 yang memuatkan sindiran dan fitnah kepada kerajaan.

TERESA KOK: Tuan-tuan dan puan-puan. Selamat datang ke program tilik nasib Tahun Baru Cina istimewa kami, ONEderful Malaysia!


Biar saya beritahu anda, tahun Kuda pada tahun ini adalah benar-benar hebat. Selain daripada Bintang Tuah yang biasa, Bintang Malang dan Bintang Bergaduh, terdapat juga Bintang Kenaikan Harga Perumahan, Bintang Kenaikan Harga Petrol, Bintang Kenaikan Harga Utiliti dan dua bintang sangat luar biasa iaitu Bintang Harga Betul-betul Naik dan juga Kesemua Harga Barang Naik. Kesemua bintang ini bersama-sama membentuk satu Tahun Kuda yang amat jarang berlaku dan besar.

Hari ini, kami amat berbesar hati untuk menjemput tiga tetamu berprestij untuk menyertai kami dan berkongsi dengan kami nasib Tahun Kuda yang amat besar. Pertama sekali, saya ingin memperkenalkan orang yang suka mengikut belakang orang yang memberi manfaat kepadanya dan juga suka menangis, Pakcik Wai.
Oops maaf, sepatutnya Abang Wai .

ABANG WAI: Panggil saya abang Wai.

TERESA: Seterusnya Puan Jit, pakar dalam batu-batu dan permata, fesyen dan perkiraan feng shui. Dan akhir sekali, Master Yan Yan, yang merupakan pakar dalam perhubungan, feng shui untuk susunan isi rumah dan pelancongan.
Setiap warganegara mengadu bahawa "wang untuk berbelanja tidak mencukupi". Ketiga-tiga daripada anda mempunyai sebarang komen?

MASTER YAN YAN: Anda semua perlu untuk sedar dan dengar! Mengapa mata wang Ringgit Malaysia merosot. Ma Bai, Ma Bai... Ertinya nasib juga hilang!

PUAN JIT: Kita perlu memanggilnya Ringgit Ringgit, bunyi Ring, Ring, Ring, Ring, Ring, (cincin) saya cinta cincin. Sebenarnya, negara kita sangat bagus. Namun, tidak mudah menyara keluarga sekarang. Oleh itu, isteri perlu bijak dalam menyimpan. Contohnya, jika suami anda memberikan anda RM100 untuk membeli barangan runcit di pasar, anda perlu hanya menghabiskan RM30, maka anda boleh menyimpan RM70 dan simpankan ia di dalam poket anda. Akhirnya, "Jimat, Jimat" yang berterusan, lama-lama akan menjadi gunung!
Kreatif sedikit, menjadi BERLIAN!
Menurut Feng Shui, jika anda memakai banyak berlian ia akan meningkatkan kekayaan anda. Semakin besar saiz karat semakin baik nasib anda.

TERESA: Apakah nasihat anda bagi mereka yang ingin melancong tahun ini?

MASTER YAN YAN: Dengar sini. Tahun Melawat Malaysia, ke mana kita harus pergi? Sudah tentu melancong ke Malaysia! Adakah anda tahu? Baru-baru ini Malaysia telah 'dianugerahkan' nombor keenam negara yang paling berbahaya di dunia dan merupakan satu-satunya negara dari Asia.

ABANG WAI: Bagus untuk menuju ke utara atau selatan tahun ini. Jadi, jika anda ingin melakukan perjalanan sila tunduk kepada lanun Selatan dan Utara (lebuh raya). Tinggalkan wang anda kepada mereka, mereka akan memastikan keselamatan anda sepanjang perjalanan ke destinasi anda.

MASTER YAN YAN: Ataupun anda boleh melakukan perjalanan ke Melaka dan melawat Jalan Jonker, tetapi perlu cepat. Kerana ia akan hilang tidak lama lagi. Jika tidak, anda boleh melakukan perjalanan ke Sabah untuk melihat lanun, siap dengan bonus pertunjukan penculikan dan adegan tembak menembak. Persembahan secara langsung, pastinya sangat menarik.

Ataupun, mari kita pergi lebih jauh ke Johor untuk melihat lukisan mural "Berhati-hati! Perompak ada berdekatan". Pemandangan yang sangat cantik.

Sudah hilang, Sudah hilang. Tengok! Itulah sebabnya anda perlu pergi lebih awal! Sedihnya sekarang sudah hilang!

TERESA: Hidup di Malaysia sangat tidak selamat pada masa ini. Saya percaya penonton ingin tahu apa yang boleh dilakukan untuk memastikan keselamatan mereka?

ABANG WAI: Ini bukan tahun yang baik untuk melangkah keluar dari rumah anda. Oleh itu jangan keluar jika tidak perlu. Jika anda benar-benar perlu keluar pastikan tidak memakai pakaian terlalu 'Bersih'. Bagaimana pula dengan warna? Pakai lebih banyak baju berwarna merah, elakkan memakai baju dan seluar berwarna kuning. Kuning mungkin menyebabkan anda dibawa ke mahkamah. Jika lebih serius, ia akan menyebabkan kemudaratan dan kecederaan kepada badan.

MASTER YAN YAN: Ia merupakan satu tahun yang amat bertuah untuk anda semua! Bagi ahli perniagaan, saya akan memperkenalkan kepada anda semua maskot keamanan iaitu gril besi!
Biar saya beritahu anda, dengan gril besi ini anda akan bebas daripada gangguan seperti ah long, samseng dan perompak. Langsung tiada masalah! Tiada masalah.

PUAN JIT: Puan-puan, anda perlu membeli beg berjenama. Semakin berjenama, mahal, dan lebih besar beg itu lebih baik. Anda kemudiannya boleh menggunakan beg sebagai perisai diri daripada tetakan parang.
Oh, jangan bimbang! Beg anda dibuat daripada kulit asli. Ia boleh menyelamatkan nyawa anda. Itulah sebabnya saya suka membeli beg tangan berjenama mahal untuk mempertahankan diri dan keselamatan.

ABANG WAI: Maaf, saya telah salah faham dengan kamu.

PUAN JIT: Tidak apa.

TERESA: Bagaimana pula anak-anak kita yang masih bersekolah? Apa-apa tip untuk mereka?

ABANG WAI: Bintang Pengajian bagi tahun ini baik untuk mereka yang bersekolah. Anda tidak perlu kisah dengan pendidikan Cina atau Tamil. Satu Malaysia, Satu Bahasa!

TERESA: Saya mendengar taraf pendidikan tinggi kita jatuh mendadak berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

MASTER YAN YAN: Biar saya beritahu anda. Taraf kolej dan universiti-universiti kita adalah hebat terutama Universiti Malaya. Setiap pelajar tinggi dan mempunyai fizikal yang kuat. Selain itu, semua orang mempunyai nama yang boleh anda panggil kuat dan gempal! Tambahan, universiti kita berada di tempat ke-167 di dunia.

Apa maksudnya? Malaysia Boleh!


SOALAN PENONTON: Apa-apa tip untuk pengajaran kepada anak-anak yang nakal?

PUAN JIT: Baiklah, biar saya menjawab soalan ini. Anak-anak kecil yang nakal pada satu masa mahu anda untuk keluar dan turun, anda tidak perlu bimbang kerana ia hanya berlaku sekali dalam lima tahun.
Apabila mereka nakal, hanya berikan mereka beberapa gula-gula untuk memanjakan mereka. Mereka kemudian akan taat dan diam.
Tetapi jika anda masih tidak dapat menutup mulut mereka, maka ia sebenarnya lebih mudah jika kita pergi ke Daerah Gangnam dan mencari Puan Gangnam menari untuk kita. Kemudian semuanya akan diselesaikan.

TERESA: Untuk majikan dan pekerja, adakah anda mempunyai apa-apa nasihat yang baik dari segi pengurusan dan pelaburan kewangan?

MASTER YAN YAN: Ini adalah soalan yang baik, anda semua perlu dengar! Bagi mereka yang ingin melabur dalam hartanah, jangan hanya melihat hartanah tempatan. Berdasarkan pengiraan saya, Bintang Harta muncul di arah Barat Laut. Anda boleh mempertimbangkan hartanah di New York, Manhattan. Rumah di sana mempunyai fengs hui yang sangat baik dan sangat murah juga. Tujuh bilik apartmen hanya berharga RM100 juta. Murah sangat, kan.

PUAN JIT: Saya telah membeli beberapa untuk anak saya juga. Pilihan yang baik!

SOALAN PENONTON: Tahun Kuda tahun ini, jika saya ingin memulakan perniagaan tetapi hanya mempunyai modal yang terhad, apa yang boleh saya lakukan?

PUAN JIT: Anda tidak mempunyai wang dan masih mahu memulakan perniagaan? "Jual Cina!"

TERESA: "Jual Cina"? Bagaimana untuk menjual?

ABANG WAI: Jika anda ingin "Jual Cina", perlu menyertai pertubuhan itu, bayaran masuk adalah RM25 sahaja. Selepas itu anda boleh menjadi "pengkhianat".

MASTER YAN YAN: Selepas menjadi "pengkhianat", anda pasti akan naik sangat cepat dalam kedua-dua kedudukan dan kekayaan serta tidak perlu bekerja keras juga.

PUAN JIT: Pelaburan modal yang sangat kecil, tiada risiko, dan dengan ganjaran yang tinggi. Apa lagi yang lebih baik daripada "Menjual Cina"?

TERESA: Kita sudah berada di akhir rancangan. Saya ingin mengucapkan terima kasih semua tetamu kami kerana meluangkan masa anda untuk menghadiri rancangan kita hari ini.

PUAN JIT: Apa-apalah!

TERESA: Pada tahun baharu ini, saya, Teresa Kok, akan bekerja lebih keras dan meletakkan lebih banyak usaha untuk menjadi suara rakyat dan terus berkhidmat kepada rakyat! Saya bersedia untuk melawan semua ketidakadilan, rasuah dan ketetapan demokrasi!

PUAN JIT: Saya, Puan Jit dalam Tahun Kuda ini ingin anda semua mendapat banyak wang.

MASTER YAN YAN: Saya berharap semua pekerja mendapat kenaikan pangkat, kenaikan gaji dan mendapatkan lebih banyak kekayaan!

ABANG WAI: Saya berharap orang yang sedang jatuh cinta berkahwin tidak lama lagi dan mempunyai penghujung yang bahagia!

SEMUA: Kami berharap anda semua mempunyai " ONEderful " Tahun Baharu Kuda!


(Terjemahan Video CNY Teresa Cock/Utusan)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved