ads

Jumaat, 28 Mac 2014

10 di kudat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Mar 2014 11:15 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Flying Solo: Bernolstagia <b>Di</b> Pekan <b>Kudat</b>

Posted: 23 Feb 2014 11:40 PM PST

Atau "throwback" kalau nak kedengaran lebih hip and urban... Huhuhu...

Ini semua idea adik aku yg dah berbelas tahun meninggalkan pekan Kudat.

Biasalah kalau jadi anak polis mmg akan terpaksa move around lah. Kami satu family paling lama di Kudat. Sepuluh tahun bagi aku. Tinggalkan Kudat tahun 1996, sambung belajar di Kedah. Balik bercuti sblm masuk degree 1997 cenggitu, my dad dah ditukarkan ke Tawau.

So first sekali yg nak reminissce ni kompom lah sekolah.

Sekolah rendah dah bertukar nama ke SK Tun Datu Mustapha. Dulunya SK Pekan. Look nothing like my old school lah! Pernah singgah situ sekejap tahun 2007 semasa jadik trainer PPSMI. Hantar printer.

Masa jadik trainer, PPSMI tu SMK Kudat II dipilih jadi pusat. Kalau SMK Kudat, mmg nerbes jugak aku jadinya. Bayangkanlah dari tingkatan satu sampai lima. Lama tu mcm dah jadi rumah kedua.


Masa matrik kat UUM selalu mimpi bersiar-siar di kawasan sekolah. Kalau dapatlah dibayangkan betapa kuatnya rindu aku kat sekolah. Macam tulah yg aku boleh luahkan.

Lama-lama aku faham jugak. Past is past. Mungkin ada hikmah jugak family aku pindah selepas pemergian ku ke negeri jelapang padi. Buat memori baru pulak.

Seterusnya kami jenguk-jenguk kedai yg selalu kami dua beradik singgah.


Inilah kedai buku dan alatulis yg selalu kami dua beradik kunjungi. Tempat aku dapatkan buku rujukan. Masa tu buku rujukan yg aku paling minat beli terbitan Preston diikuti Pelangi.

Kalau diikutkan semua buku rujukan aku terbitan Preston. Buku rujukan kedua biasanya akan datang dari Pelangi. Tak pastilah aku kalau dua2 penerbit ni masih giat mengeluarkan buku rujukan. Sbb dah lama tak jenguk bhg buku rujukan kat kedai.


Macam sebak aje bila tengok kedai kecil tu. Kat situlah kebiasaannya aku dapatkan stok kaset2 hindi aku.

Ada cerita di sebalik kedai ni.

Aku pernah terguna duit yuran SPM gara2 nak beli kaset di kedai ni. Sudahnya aku daftar SPM 9 subjek je. Duit yuran dah short. Dari mintak duit balik dan kena penampar, aku decide tuk drop satu kertas.

Aku pilih utk tidak ambil subjek Geografi.

Macam bukan aku je kan buat kerja mcm tu, tapi kejadian ni buat aku bersyukur di kemudian hari.

Sepuluh subjek tuh dah byk sangat sebenarnya. Tiada kertas Geografi utk memeningkan aku, bermakna aku lebih fokus dan tidak membuang masa belajar subjek yg masa tu tiada guru khasnya. Balik balik guru pinjam. Aku pun mmg tak minat subjek yg belajar topologi sebagainya ni. Buat kusut kepala je.

Pada masa tu tanggapan guru2 dan kawan2 aku yakin. Scorer kan? Walhal?


Beralih dari kedai kitorang ke tapak ni yg dulunya dipanggil Panggung. Nama tu mungkin dapat dari bekas panggung tinggal yg menjadi latar tempat penjual ikan bakar, kuih muih dan lauk pauk pada sebelah petang dan malam di tempat ni.

Panggung tinggal tu pun aku tengok dah takde. Mungkin telah dirobohkan.

Dulu bukan main meriah lagi tempat ni khususnya sebelah petang. Sekarang macam segan-segan org nak kalau di pandang dari luar.

Tempat nama Panggung tu jgk tempat kitorang beli pari bakar. Paling murah masa tuh RM1.50. Saiz tak le besar sangat, tapi kenyang la family bersaiz empat (masa tu adik yg paling bongsu belum lahir lagi).

Paling rindu tempat ni sudah tentulah pisang goreng kipasnya. Bila sebut pisang goreng ni terus teringat Misdianto. Family dia berniaga kat tempat ni dulunya. Kitorang sama tingkatan cuma kelas lain.

Family Noraidah satu kelas dengan Misdianto pun ada jugak berjualan di sini. Biasanya kuih2 Melayu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved