ads

Khamis, 13 Mac 2014

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Trek Jogging Dan Berbasikal Tarikan Baru <b>Di Kota Kinabalu</b> <b>...</b> - Mus

Posted: 09 Mar 2014 09:12 PM PDT

Trek Jogging Dan Basikal Taman Awam Teluk Likas Trek Jogging Dan Berbasikal Tarikan Baru Di Kota Kinabalu, Sabah

Misi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk menjadikan Kota Kinabalu sebagai sebuah Bandaraya Peranginan Semulajadi dengan pembangunan mampan, mesra dan sejahtera menjelang 2020 kian mencapai matlamatnya dengan pembinaan Trek Jogging dan Berbasikal di Tanjung Lipat, Likas.

Projek ini dilaksanakan sebahagian daripada 'Environtmental Enhancement Master Plan' seperti yang terkandung di dalam Pelan Strategik DBKK 2011-2015 dan akan diteruskan untuk Fasa ke-2 yang bermula di Tanjung Aru nanti.

Fokus strategik DBKK bagi tempoh 2011-2015 berdasarkan teras pentadbiran bandar raya menjurus  kepada aspek Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan (3K) serta Tonggak Lima Bandaraya Kota Kinabalu. Ianya juga selari dengan Agenda Pembangunan Sosial, Hala Tuju Pembangunan dan Kemajuan Negeri Sabah iaitu, mempergiatkan aspek pembersihan dan menceriakan kawasan bandar dan desa untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Pembinaan trek ini banyak memberi impak positif dari segi penglibatan masyarakat terutamanya dari segi memberi sokongan kepada usaha kerajaan serta sedar akan kepentingan penjagaan kesihatan.

Masyarakat memberi sambutan yang menggalakkan dengan melakukan aktiviti bersenam, berlari, berbasikal mahupun berjalan kaki di sini.

Pembangunan ini selari dengan menjadikannya sebagai medium untuk menyatukan masyarakat (pelbagai kaum bergaul bersama) serta melahirkan warga yang lebih sihat dengan melakukan aktiviti sukan di sini.

Dengan jarak lebih kurang 4 km (kiraan saya), ianya cukup untuk menghabiskan masa pagi/petang hujung minggu anda bersama keluarga menyusuri sepanjang tepi laut di sepanjang trek ini. Tiupan angin serta deruan ombak cukup menenangkan.

Kemudahan alat bantu bersenam, tempat meletak basikal, tandas, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, tempat memasak (BBQ) memang wajar disediakan. Namun, secara peribadi saya kesal kerana bilangan tong sampah agak sedikit dan tidak dapat menampung pengunjung yang ramai.

Dari segi keselamatan, saya mendapati beberapa CCTV dipasang. Namun jika ada kehadiran pegawai berkuasa untuk melakukan rondaan, ia akan memberi jaminan keselamatan yang lebih kepada pengunjung.

13051183984 cb46ede41e o Trek Jogging Dan Berbasikal Tarikan Baru Di Kota Kinabalu, Sabah

13051013653 9d56784592 o Trek Jogging Dan Berbasikal Tarikan Baru Di Kota Kinabalu, Sabah

13050783785 14b8f59aa4 o Trek Jogging Dan Berbasikal Tarikan Baru Di Kota Kinabalu, Sabah

13050939023 31b0cd3433 o Trek Jogging Dan Berbasikal Tarikan Baru Di Kota Kinabalu, Sabah

Mengenai Penulis

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved