ads

Sabtu, 1 Februari 2014

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Jalan-Jalan Beli Ikan Kering <b>Di Tawau</b> - Citratus - Blogger

Posted: 21 Jan 2014 06:57 AM PST

Sebelah petang kami berkunjung ke Pasar Tanjung. Kami nak beli ikan kering, udang kering dan pelbagai makanan-makanan kering untuk dibawa pulang.
Jelasnya, Tawau kaya dengan pelbagai makanan laut. Itu kesimpulan yang boleh saya buat. Di Pasar Tanjung saya temui pelbagai jenis ikan kering, rumpai laut dan juga makanan-makanan ringan tempatan yang istimewa. Harga pula tidak begitu mahal dan rugi kalau tak dibawa pulang. Dek kerana perjalanan kami masih panjang, kami hadkan apa yang mahu dibeli.


Antara yang menghiasi bandar Tawau. Bila tengok begini, jelas menunjukkan makanan laut antara tarikan utama.


Pintu masuk Pasar Tanjung. Dan menjadi kebiasaan di mana-mana bandar kecil di Malaysia, pasar menjadi tumpuan mendapatkan pelbagai barang keperluan jua barang-barang yang menjadi produk utama kawasan tersebut. Di sini antara yang dijual makanan kering seperti biskut cincin, keropok ikan ( rasa macam cekedis...opsss! ejaan mungkin salah ), keropok seaweed dan macam-macam lagi. Turut menjadi pilihan tentulah udang kering, ikan bilis, ikan masin dan pelbagai lagi produk laut yang telah dikeringkan atau sekadar dibubuh garam.

Katanaya rumpai laut. Masak apa saya kurang pasti. Menarik sebab saya tak pernah jumpa.


Pelbagai ikan bilis. Pilih sahaja. Harga pun jauh lebih murah di bandingkan yang biasa terdapat di Semenanjung.
Untuk makan malam kami memilihi gerai-gerai yang banyak di tepi pantai berhampiran Masjid utama. Kami nak makan lobster. Tengok dulu berapa harganya ya…
Benar pelbagai makanan laut terhidang untuk dipilih. Ada antaranya saya tak pernah tengok. Untuk malam itu kami pilih antaranya siput, kahanga, udang, sotong dan ikan ( oppsss…saya tak ingat namanya ), sayur-sayuran. Saya dan teman memilih air kelapa juga. Wahh! Banyaknya untuk 5 orang. Hari tu lobster tiada.
Ketika bil dihulurkan, kami semua terlopong. Semuanya hanya RM89.00! Aduhai…murahnya. Sebelumnya saya dah menconggak-conggak harga dinner kami itu melebihi RM100. Terbaikkklah..perut kenyang teramat, hati pula senang sekali. Alhamdulillah…
Kahanga. Isi sejenis siput yang kulitnya agak kasar dan bergerutu. Agak terkenal sebab di mana-mana, ia dijadikan pilihan seafood untuk dicari peminatnya. 

Cadangan pemasangan 20 unit CCTV <b>di Tawau</b> sudah diluluskan <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2013 06:57 AM PST

by AMIR ANUAR. Posted on December 17, 2013, Tuesday

TAWAU: Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Datuk Ismail Mayakob mengesahkan pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sudah meluluskan cadangan pemasangan 20 unit Kamera Litar Tertutup (CCTV) untuk daerah ini.

Menurutnya pegawai bertanggungjawab akan ke Tawau untuk menilai dan mengkaji lokasi-lokasi strategik di daerah ini bagi pemasangan CCTV terbabit dalam usaha meningkatkan langkah pencegahan jenayah.

"Kita menjangkakan pemasangan CCTV ini akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat seawal-awalnya pada tahun hadapan," katanya semasa mempengerusikan mesyuarat penuh MPT di sini kelmarin.

Beliau turut menegaskan projek pemasangan CCTV terbabit diluluskan melalui peruntukan pihak kementerian (kerajaan) dan bukannya dari pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuklah Dewan Perniagaan Tiong Hua.

Ismail mengalu-alukan jika ada sebarang NGO yang berminat untuk menambah jumlah CCTV namun pada masa yang sama beliau menekankan kos pemasangan CCTV amat mahal.

"Kalau Dewan Perniagaan Tiong Hua mahu tambah (selain 20 CCTV yang diluluskan pihak kementerian), kita tidak ada masalah," katanya sebagai mengulas laporan akhbar tempatan berbahasa Cina yang menyiarkan kenyataan NGO terbabit berhubung perkara berkaitan.

Laporan akhbar itu menyebut pihak Dewan Perniagaan Tiong Hua akan menyumbang CCTV (tanpa menyebut jumlah CCTV) untuk dipasang di kawasan perbandaran Tawau dan mendakwa projek mereka sudah diluluskan oleh pihak MPT dan polis.

Menyentuh perkara berasingan, Ismail turut mengumumkan bahawa MPT kini sedang giat menjalankan persiapan untuk menjayakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah yang dijadual akan disambut pada 14 Januari 2014.

"Kita menjangkakan seramai 10,000 orang awam akan hadir dalam program ini yang akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin selain turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman dan menteri-menteri Kabinet Sabah.

Dalam pada itu, MPT diumumkan menerima tiga anugerah peringkat negeri seluruh pihak berkuasa tempatan, masing-masing tempat ketiga dalam Anugerah Kebersihan, Anugerah PBT Terawal menghantar penyata kewangan dan Anugerah Sijil Kewangan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved