ads

Selasa, 4 Februari 2014

10 di sandakan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Radsmil: IKAN BESAR TERDAMPAR <b>DI SANDAKAN</b>

Posted: 26 Jan 2014 02:50 AM PST

Baru-baru ini Seekor ikan bersaiz besar yang dikenali sebagai "ikan matahari" atau mola-mola didakwa ditemui mati terdampar dipesisiran pantai di kampung Forest Sandakan Sabah. Penemuan ikan matahari besar dengan tulang terberat di dunia ini telah mendapat perhatian daripada penduduk sekitar kerana ikan ini jarang ditemui di perairan Sabah.
          Ikan ini dipanggi mola-mola ataupun "ikan matahari" kerana bentuknya yang bulat dan besar seperti matahari. Ikan ini juga tergolong daripada spesis hidupan laut mempunyai bentuk yang aneh, iaitu pipi dengan siripnya terletak di atas dan di bahagian bawah tubuhnya, serta mempunyai bentuk ekor yang aneh.
         Ikan ini mampu mencapai berat sehingga seribu kilogram dengan kepanjangan sehingga 1 meter bagi ikan dewasa dan makanan utamanya adalah obor-obor dan tumbuhan laut. Selain itu juga, ikan ini gemar berenang di kedalaman 600 meter di bawah permukaan laut beriklim tropika. Mola Mola akan muncul ke permukaan laut untuk mendapatkan cahaya matahari. Jadi tidak hairanlah juga jika ia dipanggil dengan gelaran Sunfish atau ikan matahari.

          Walaupun besar, pergerakkannya lambat dan tidak mampu melawan arus air laut yang bergelora menyebabkan ikan Mola Mola juga sering tersangkut pada kapal kerana tidak mampu mengelak dengan pantas. Menurut sumber, ikan Matahari ini kerap muncul di perairan Indonesia sekitar bulan Jun hingga Oktober setiap tahun dan spesis ikan ini dikatakan semakin pupus.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved