ads

Khamis, 13 Februari 2014

10 di papar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


The Lone Survivor <b>Papar</b> Kisah Sebenar Medan Perang <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2014 04:49 AM PST

The Lone Survivor (2014) ialah sebuah filem aksi dan drama dalam kancah peperangan yang diarahkan oleh Peter Berg yang terkenal dengan arahannya untuk filem Hancock (2008) dan juga Battleship (2012).

Filem ini merupakan adaptasi dari buku berjudul Lone Survivor: The Eyewitness Account of Operation Redwing and the Lost Heroes of Seal Team 10 tulisan seorang askar bernama Marcus Luttrell, iaitu satu-satunya dari 4 ahli unit khas United States Navy SEALs yang terselamat dalam peperangan sengit dengan askar Taliban di pergunungan Hindu Kush, Afghanistan.

Atas dasar tradisi dan populariti yang seperti suatu kewajipan kepada pembikin filem di Hollywood, maka buku tersebut telah diadaptasi ke bentuk filem. Kisahnya begini, The Lone Survivor dibuka dengan introduksi paparan sekuen gambar-gambar latihan perit-getir di lokasi sebenar askar US Navy SEALs untuk menyatakan bahawa itulah realitinya. Kemudian barulah babak pertama fiksyen dalam filem ini menunjukkan Marcus Luttrell (Mark Wahlberg) yang sedang bertarung nyawa selepas diselamatkan.

LS4

Selepas itu, ceritanya dikembangkan dengan mengundur ke belakang 3 hari sebelumnya sebagai kisah besar, apa sebenarnya yang berlaku kepada Marcus bermula di kem askar Bagram Airfield di Afghanistan. Ketua di situ, Lieutenant Commander Erik S. Kristensen (Eric Bana) menerima arahan untuk menjejak dan menangkap salah seorang ketua tentera Taliban bernama Ahmad Shah (Yousuf Azami) yang dikatakan sedang beroperasi di pergunungan Afghanistan.

Dengan itu, satu misi khas tentera dipanggil Operation Red Wings telah dilancarkan. Kristensen menugaskan dahulu 4 orang tentera elit yang khusus sebagai askar peninjau iaitu Lieutenant Michael Patrick "Murph" Murphy (Taylor Kitsch) sebagai ketua, Matthew Gene "Axe" Axelson (Ben Foster) sebagai Sonar Technician (pemantau lokasi musuh dan pakar logistik), Danny P. Dietz, Jr. (Emile Hirsch) sebagai operator komunikasi dan Spotter (pemantau jarak musuh) dan Marcus Luttrell sebagai anggota perubatan.

Selepas diturunkan dari helikopter, mereka berempat berjalan menyusuri bukit-bukau yang sukar sehingga sampai ke lereng bukit berhampiran sebuah perkampungan. Setelah mengenalpasti bahawa itulah lokasi Ahmad Shah berada, mereka cuba menghubungi semula Kristensen untuk menerima arahan seterusnya. Malangnya, isyarat komunikasi ke kem Bagram gagal berfungsi. Waktu yang sama, 3 orang penduduk kampung itu terdiri dari seorang lelaki tua dan 2 orang remaja yang sedang mengembala kambing telah terserempak dengan mereka.

" Lone Survivor"

Maka berlakulah pertentangan pendapat sesama mereka sama ada hendak membunuh ketiga-tiganya, mengikat ke pokok dan ditinggalkan, atau melepaskan mereka sahaja? Akhirnya mereka memutuskan untuk mematuhi Rules of Engagement (ROE) ketenteraan iaitu melepaskan orang awam tanpa syarat. Lantas bermulalah babak-babak aksi peperangan yang dahsyat apabila salah seorang remaja itu dengan pantasnya melaporkan kepada Ahmad Shah dan bala tentera di kampung itu untuk menghapuskan Murph, Axelson, Dietz dan Marcus!

The Lone Survivor versi filem ini setanding dengan filem ketenteraan Saving Private Ryan (1998). Ia tidak keterlaluan mengangkat isu politik perebutan kuasa siapa kuat, siapa lemah semasa peperangan tetapi mengkedepankan drama moral mengenai keperitan sebuah 'peperangan'. Misi ketententeraan untuk menangkap Ahmad Shah hanyalah punca naratif filem ini, dimana realisme semasa pertempuran perang itu yang diceritakan secara sangat teliti dan amat menakutkan. Mungkin ada yang menyatakan filem ini ialah propaganda heroisme Amerika, namun saya melihatnya lebih kepada kesedaran untuk 'membenci' sebuah peperangan secara umum.

LS9

Sebahagian besar durasi filem ini memaparkan suasana di dalam situasi genting bagaimana Luttrell dan rakan seperjuangannya melalui serangan sengit dari bala tentera Ahmad Shah yang begitu ramai, dari semua sudut bukit-bukau di Afghanistan itu. Visual-visual dan hingar-bingar terperinci semasa serangan bersenjata yang bertubi-tubi itu meletakkan penonton sama merasai saat-saat menunggu kematian yang menyakitkan.

Produksi filem ini berjaya merealisasikan sekuen-sekuen babak pertempuran di waktu siang dalam hutan tropika dan lereng bukit berbatu yang menjadi pentasnya. Ia juga memperlihatkan tektik dan skil ketenteraan yang perlu difikir dan diubahsuai dalam sekelip mata oleh Marcus dan rakannya bergantung kepada kemaraan serangan musuh.

Dari sudut lakonan, kesemua pelakon lebih dilenjan dengan aksi fizikal peperangan yang sukar. Merujuk tajuknya The Lone Survivor, maka sudah tentu hanya Marcus sahaja yang terselamat, memberikan penonton memahami bagaimana kronologi tiga lagi rakannya Murph, Axelson dan Dietz terkorban. Mark Wahlberg sebagai watak Marcus Luttrell diberikan ruang bercerita untuk menyudahkan filem ini.

LS1

Akhirnya, Marcus diselamatkan oleh Mohammad Gulab (Ali Suliman) salah seorang penduduk kampung bangsa Pashtun yang menjumpainya atas dasar menghormati tradisi 'Pashtunwali' iaitu mempertahankan tetamu walaupun Marcus ialah tentera Amerika. Menampilkan watak Gulan di klimak filem ini berfungsi untuk meneutralkan persepsi di antara pihak tentera Amerika melawan Taliban.

Kalau dilihat sebagai sebuah filem aksi, ia juga ialah pemaparan babak-babak tembak-menembak yang akan melonjakkan adrenalin penonton serta mencengkam emosi. Walaupun di awalnya, filem ini disumbat dengan jargon-jargon komunikasi ketenteraan di antara Dietz dengan kem Bagram yang agak sukar difahami namun bila masuk ke babak-babak pertempuran, ia menjanjikan pembelian tiket wayang yang berbaloi.

KESIMPULAN

la_ca_1125_lone_survivor

The Lone Survivor masih sebuah filem bertih jagung dari sudut komersial dan hiburan aksinya. Benar, filem ini telah merombak semula kisah asalnya menjadi fiksyen yang menyeronokkan. Ia mengangkat erti mengutamakan persahabatan berbanding pentingkan diri sendiri. Filem ini tidak bertanya kenapa peperangan berlaku? Tetapi memberitahu bahawa inilah yang berlaku dalam sebuah peperangan yang kejam.

Saya suka ceritanya yang kasar, namun sesekali mampu menyentap sanubari halus jadi rapuh! Dengan ini saya boleh berikan 4 BIJI ROTIKAYA.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved