ads

Rabu, 5 Februari 2014

10 di kinabatangan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di kinabatangan</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jan 2014 11:23 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

sedang rakyat <b>kinabatangan</b> bergumpal untuk hidup a... - Omak Kau!!!!

Posted: 17 Jan 2014 08:36 AM PST

Instagram akaun Izette isteri muda wakil rakyat Kinabatangan Bung Mokhtar, yang memberitahu satu dunia bahawa beliau kini sedang bercuti di Las Vegas MGM Grand Hotel & Casino.

Inilah dia perangai wakil rakyat UMNO/BN ... rakyat sedang tercekik sukar nak bernafas kerana terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi .. dia dengan isteri seronok sakan bercuti di Las Vegas syurga tempat judi.

Rakyat dikerahkan agar ubah cara hidup .. tapi pemimpin UMNO anak bini sedikit pun tidak pernah berubah malahan bertamabh teruk lagi ada.

Tidak mau membuat tuduhan liar yang kedua laki bini ini pergi berjudi ke casino yang disediakan tetapi mengapa ketika rakyat sedang sukar menghadapi kehidupan seharian wakil rakyatnya tanpa ada perasaan boleh sanggup pergi akan angin dengan isteri mudanya.

DGFC mulakan program pulihara harimau akar <b>di Kinabatangan</b> <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2013 05:09 AM PDT

September, 24, 2013 - 8:09 pm
Clarice Kelly memberitahu sesuatu kepada pelajar SK Kuala Suan Lamba.

Clarice Kelly memberitahu sesuatu kepada pelajar SK Kuala Suan Lamba.

SANDAKAN: Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) dan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) memperkenal satu program khas di sekolah untuk memupuk kesedaran kanak-kanak tentang harimau akar Sunda dan karnivor lain.

Program ini merupakan komponen utama projek harimau akar Sunda dan karnivor simpatrik yang mendapat sokongan penuh Yayasan Sime Darby. Ia juga mendapat sokongan dan latihan pelajaran daripada Point Defiance Zoo of the United States.

Pegawai pendidikan DGFC Clarice Kelly Samih berkata program penerangan pertama itu diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Suan Lamba awal bulan ini.

"Melalui program penerangan ini, kami harap kanak-kanak akan lebih memahami dan menyokong usaha untuk memulihara harimau akar kita yang cantik dan karnivor lain, terutama di kawasan Kinabatangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pengarah DGFC Dr Benoit Goossens berkata sasaran program itu untuk tahun ini ialah mewujudkan kesedaran tentang haiwan berkenaan di dua sekolah di kawasan Kinabatangan.

"Syukurlah, kami berjaya mengadakan program pendidikan ini hasil sumbangan yang diterima JHLS dan DGFC daripada Yayasan Sime Darby sebagai sebahagian daripada skim Big 9 yang dilaksanakan.

"Amat penting bagi yayasan itu memasukkan komponen pendidikan dalam program pemuliharaan harimau akar Sunda," katanya.

Goossens berkata kanak-kanak yang terlibat dengan program itu perlu berada selama dua hari di DGFC untuk membolehkan mereka mengalami suasana hutan, melihat haiwan liar dan berjumpa dengan saintis tempatan dan dari luar Negara untuk menimba pengetahuan.

"DGFC bukan sahaja memainkan peranannya untuk mendidik pelajar muda tempatan dan antarabangsa, tetapi juga memberi peluang kepada generasi muda Malaysia di Sabah untuk belajar tentang alam semula jadi yang ada di sekeliling mereka dan pentingnya kewujudan hidupan liar," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved