10 di tenom - Google Blog Search |
- memmetlenggeng: Pengalaman <b>di</b> Sabah - Bandar Kota kinabalu 2 <b>...</b>
- 18/12/2013: KPD-OISCA Lagud Seberang <b>di Tenom</b> telah berjaya <b>...</b>
- DUNIA ITU: Suami isteri maut dalam kemalangan <b>di Tenom</b>
memmetlenggeng: Pengalaman <b>di</b> Sabah - Bandar Kota kinabalu 2 <b>...</b> Posted: 23 Dec 2013 05:22 PM PST Sampai di K.K hari masih pagi, jadi kami ke Pasar Filipina dulu, saya tak beli sangat kerana sudah selalu ke sini. Hanya beli sedikit jajan seperti Amplang dan ikan bilis. Saya ada buat entry tentang Pasar Filipina di sini. Lepas itu, kami menonton wayang cerita Hunger Games Cathcing Fire di Centre Point K.K. Bukan apa, saya dah baca novelnya, jadi teringin nak tengok dilayar pula. Ok juga, tapi sudah pasti ada perbezaan yang dilayar dan didalam novel. Centre Point sama dengan mana-mana pusat membeli belah dibandar-bandar lain, dikunjungi ramai muda-mudi kaki lepak dan banyak kedai menjual cenderamata. Ia sangat dekat dengan Pasar Filipina dan Pasar Besar Kota Kinabalu. Saya hanya beli sebungkus kopi tenom di sini. Seperti yang dikenali ramai, Tenom adalah pusat pengeluar utama kopi di Sabah. Ada berbagai jenis dengan pelbagai gred. Memang saya suka kopi, sebab dulu pernah kerja di cafe delifrance. Jadi sudah biasa dengan minuman Latte dan Cappucino. Tiga jenis kopi yang popular di dunia ialah Arabica, Liberica dan Robusta. Kalau sebut kopi luwak pula, ia bukan jenis kopi, ia adalah biji kopi tidak hadam diambil dari tahi musang yang sengaja dibela. Harga kopi luwak boleh mencecah ratusan ringgit. Entah dimana sedapnya tak tahu, tak pernah cuba. Ada label halal, tapi saya tetap tak berani. Banyak kedai yang menjual khas kopi di Kota Kinabalu. Tapi saya paling suka kopi tenom tanpa gred yang biasa sahaja, di beli di Pasar Filipina. Ia lebih pekat, macam kopi kampung, cuma kali ini saya tidak beli kopi itu, kerana nak mencuba kopi gred tinggi, kononnya. Malam itu kami ke pasar malam Kampung Air. Ia taklah jauh sangat dengan hotel, cuma dalam beberapa ratus meter. Pasar malam ini hanya menjual barangan cenderamata, mutiara dan kain-kain. Tidak ada makanan dijual. Ada orang kata mutiara disini lebih murah, tapi saya tak pula membandingkannya dengan pasar Filipina kerana kurang berminat membeli kali ini. Pasar malam itu tidak jauh sangat dengan Centre Point, lebih kurang 300-400 meter sahaja, tapi haruslah melalui celah-celah bangunan. Ia dibuka setiap malam dan sama seperti pasar Filipina, kena pandai tawar menawar untuk mendapatkan harga yang terbaik. Berhampiran pasar malam Kampung Air, di seberang jalan menghala ke Pasar Filipina, dicelah-celah bangunan, terdapat satu lagi pasar malam yang menjual kain-kain bundle dan lain-lain cenderamata. Entah apa nama pasar malamnya, saya tak pasti. Hotel Horizon Kota Kinabalu Tentang penginapan pula, kali ini saya menginap di Hotel Horizon. Mulanya saya cadangkan pada kawan pilih La Meridien sahaja, tapi hotel itu sudah penuh pula, jadi mereka pilih tempat ini. Ia sebuah hotel yang agak mewah dan cantik, namun saya tidak berpuas hati kerana dalam bilik saya ada Bible. Sebagai sebuah negara Islam, apa relevannya meletak Bible dalam bilik hotel. Walaupun untuk pengunjung asing atau penginap yang beragama Kristian (etnik Sabah ramai yang beragama Kristian), tetapi ia masih tak sesuai. Bagi saya, lebih baik Bible itu di simpan di receptionist, siapa yang nak, boleh request, macam tu lebih menghormati penginap Islam yang lain. Entahlah, lain orang mungkin lain pendapat dengan saya. Tak tahulah pula kalau kegunaan Bible itu supaya orang Islam boleh bandingkan isinya dengan Al-Quran (tak salahpun). Saya hanya sempat telek sikit-sikit, kerana terlalu sibuk. Siapa yang rajin membaca tafsir Al-Quran, pasti akan faham, mengapa kitab untuk kaum Nabi Muhammad itu tidak terbanding dengan mana-mana kitab ciptaan manusia ini. Berdekatan dengan hotel itu ada Tugu Peringatan Malaysia dan Petagas War Memorial. Di belakang hotel pula ada jambatan yang boleh berhubung terus dengan pasar Filipina dan Pasar Besar Sabah. Di atas jambatan ada ramai peniaga berjualan mutiara dan manik-manik. Perjalanan jalan kaki mengambil masa kira-kira 15 minit. Tapi kalau beli barang banyak, lebih baik ambil teksi, kalau tak, jenuh nak berjalan. Sebab itu saya lebih cadangkan hotel-hotel berdekatan Centre Point sahaja untuk si kaki membeli-belah. Walau bagaimanapun hotel ini lebih dekat dengan pangkalan Jesselton untuk ke tiga pulau serangkai (Sapi, Manukan dan Mamutik). Ia juga amat sesuai dengan pasangan yang hendak berhoneymoon, kerana ada bilik yang ada jakuzi! Cuma harganya...Emmm...Boleh check di internet. Kalau mampu apa salahnya. Tentang sarapan pula, masih tidak boleh lawan hotel Promenade, Concorde Inn dan kebanyakan hotel 5 bintang lain. Hotel inipun punyai kemudahan untuk mengadakan bengkel dan mesyuarat. Pengalaman di Sabah - Kudat, tempat menarik sepanjang perjalanan dan tempat membuat Gong (akan datang) Pengalaman di Sabah - Kudat - Tips of Borneo -Tanjung Simpang Mengayau (akan datang) |
18/12/2013: KPD-OISCA Lagud Seberang <b>di Tenom</b> telah berjaya <b>...</b> Posted: 18 Dec 2013 01:27 AM PST Pusat Latihan Belia KPD-OISCA kini dalam proses Jika dilaksanakan kelak, sistem Persijilan Kemahiran Malaysia di Berucap pada majlis sama, Pengurus Besar KPD Datuk Datu Basrun Haji Dalam pada itu, pusat latihan belia KPD-OISCA Lagud Seberang di Tenom Daripada jumlah itu, seramai 247 pelatih telah berpeluang mengikuti Loy/Arnold/Redwan/Cov-beta/Any ~mfja~ |
DUNIA ITU: Suami isteri maut dalam kemalangan <b>di Tenom</b> Posted: 02 Jan 2014 05:04 PM PST Keadaan Perodua Kancil yang dinaiki pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Tenom TENOM - Sepasang suami isteri maut selepas kereta Perodua Kancil mereka merempuh belakang sebuah lori di Km 6, Jalan Tenom-Keningau malam tadi.Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, Ramli Ansibok, 35, dan isterinya Mastura Lambatus, 25, meninggal di tempat kejadian ekoran cedera parah di kepala akibat tersepit di dalam kereta. Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Mazlan Lazim berkata, siasatan awal mendapati kereta itu merempuh belakang lori tersebut setelah pemandu lori itu memperlahankan kenderaannya ekoran jalan sedang dibaiki dan dibuka sehala dari laluan Keningau ke Tenom. "Setelah pemandu lori mendengar bunyi hentakan kuat, beliau keluar dari kenderaannya dan mendapati kedua-dua mangsa telah tersepit di dalam kereta mereka akibat rempuhan itu," katanya. - Bernama 1 Januari 2014 |
You are subscribed to email updates from di tenom - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan