ads

Isnin, 6 Januari 2014

10 di keningau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


memmetlenggeng: Pengalaman <b>di Keningau</b> 2 - 2013

Posted: 04 Jan 2014 07:17 PM PST


Ini adalah kali ke dua saya ke keningau dan kedua-duanya atas tujuan kerja. Dari entry pertama saya sudah terangkan tentang keadaan di Keningau ini dan serba sedikit sumber ekonominya. Pengalaman kali ke dua saya tidak jauh beza dengan pengalaman kali pertama dulu.Untuk pergi ke Keningau ada dua jalan, samada melalui Jalan Penambang-Tambunan atau Papar Kimanis.

Jalan Penampang-Tambunan

Jalan Penambang-Tambunan adalah jalan lama yang melalui banyak selekoh, pendakian, melalui hutan-hutan tebal dan jurang-jurang yang dalam. Walau bagaimanapun, jalannya elok dan besar juga, kecuali sedikit berbahaya di beberapa selekoh. Perjalanan mengambil sedikit masa lama disini terutama ketika pergi, kerana struktur muka bumi seperti yang telah saya terangkan. Kecepatan perjalanan itu bergantung juga pada jenis kenderaan yang dipandu. Kalau memandu kenderaan berkuasa rendah dan ramai penumpang pula, ia boleh makan  masa lebih 3 jam. Tapi jika memandu kenderaan seperti 4wd, mungkin kurang dari 3 jam. Kalau sudah termasuk ke jalan ini, tidak ada masalah apapun, teruskan saja perjalanan, jangan cuak dan risau. Anda cuma perlu lebih sedikit berhati-hati. Bagi saya perjalanan di sini lebih baik berbanding perjalanan menuju ke Cameron Highland melalui Jalan Tapah. Anda boleh singgah di Pusat Penerangan Raflesia dalam perjalanan jika menggunakan jalan ini. Di Tambunan ramai pesawah padi, perjalanan dihiasi dengan pemandangan sawah padi belaka.


Jalan Papar Kimanis

Jalan Papar Kimanis adalah pilihan terbaru pengguna untuk menuju ke Keningau. Ia juga dianggap seperti highway. Perjalanan mengambil masa yang lebih pendek di sini, mungkin hanya dalam 2 jam++ sahaja, kerana struktur muka buminya lebih baik. Walaupun banyak selekoh di tempat tertentu, tetapi tidak setajam dan sebanyak Jalan Penampang-Tambunan. Keistimewaan jalan ini ada disebutkan seperti dibawah. Jalan Papar Kimanis juga boleh jadi pilihan untuk menuju ke daerah Tenom, pusat pengeluaran kopi Sabah dan daerah Nabawan. Nabawan pula adalah daerah yang boleh menembusi Maliau Basin, salah satu kawasan perlancongan eksotik terulung di Sabah. Tetapi saya sangat tidak menggalakkan anda melalui jalan ke Nabawan ini pada waktu lewat malam, kecuali jika benar-benar ingin menikmati panorama negeri di bawah bayu (pada waktu malam) dan anda adalah seorang pemandu otai yang lagi tegar serta penuh ilmu di dada. Lalu pada waktu siang tidak menjadi masalah. Jika benar-benar hendak ke Maliau Basin pula, ada pilihan datang dari Tawau. Bagi peminat alam semula jadi, saya amat mencadangkan anda berkunjung ke sana. Sayang sekali, saya sendiri belum ada kesempatan. Walau bagaimanapun, untuk masuk ke Maliau Basin, anda harus mendapatkan kelulusan pihak berkuasa negeri Sabah. Begitu ketat peraturan yang dikenakan dan saya bersetuju jika itu lebih baik untuk kesejahteraan alam sekitar ini.

*kedua-dua Jalan Panampang-Tambunan dan Papar Kimanis, mempunyai keistimewaan dan tarikan tersendiri. Saya cadangkan datang dari Jalan Papar Kimanis dan balik melalui Jalan Panampang-Tambunan.

Keistimewaan Keningau terletak pada :

1.       Ladang lembu susu
Sebuah ladang susu lembu antara yang terbesar dan termoden di Sabah dan Malaysia, iaitu milik Evergreen Sdn Bhd. Ia bukan ladang yang sama seperti di Kundasang. Ia lebih besar dan memang untuk tujuan perindustrian. Ladang di Kundasang itu, selain untuk tujuan perindustrian, adalah untuk tujuan perlancongan juga. Kalau tidak silap, ladang ini turut membenarkan pelawat masuk.
2.       Rusa Payau
Terdapat dua kategori rusa payau di Keningau, iaitu rusa payau liar dan rusa payau yang diternak. Dagingnya enak juga. Semasa di sana kami telah dihidang dengan sup rusa payau dan hati payau masak kicap. Sedap juga. Tidak sempat pula nak ambil gambar sup rusa payau tersebut. Taknak obvious sangat. Bukan apa, terkilan juga bila orang kata di internet, orang yang suka snap gambar sebelum makan, orang gila. Padahal kita berniat baik, nak bagi maklumat. Orang gila hanya orang yang suka bermegah-megah dengan apa yang dilakukannya. Ada juga nasi yang baunya seperti pulut hitam. Tapi ia beras nasi, bukan beras pulut. Eksotik sungguh, kerana saya tak pernah merasa nasi macam ni.

Salah seorang pegawai sangat suka dengan rusa payau ini. Daging rusa payau yang di ternak lebih mahal dari yang liar. Jika hendak order yang liar itu pula, perlulah maklumkan lebih awal sekurang-kurangnya 3 hari.

3.     Taman Banjaran Crocker
Ia kawasan tanah tinggi yang dingin dan segar, begitu banyak pokok-pokok dan hutan di sekelilingnya. Pada waktu petang kawasan ini akan menjadi lebih sejuk dan mungkin banyak berkabus, cuma ia belum sepopular Kundasang. Tidak banyak aktiviti seperti di sana pun. Terdapat juga resort di kawasan ini bagi yang berminat dengan kawasan sejuk.
4.     Jalan yang mempunyai gravity terbalik di Highway Papar Kimanis
Ini telah saya terangkan seperti entry di sini. Kedatangan kali ini saya minta pemandu menunjukkan demonstrasi yang lebih menyakinkan. Ia terletak di KM32. Pemandu yang biasa lalu di sini sahaja boleh cam kawasan itu. Masa kami lalu cuaca berkabus sangat tebal, kami buka tingkap van luas-luas untuk menghirup udara segar. Konon-konon nak bercakap sampai keluar asap, feeling-feeling macam dekat Manchester, tapi tak keluar asap pun, asap van masuk dalam mulut, adalah.( Walau bagaimanapun masih tidak dapat mengupload video itu di internet.) Nanti suatu hari akan di upload juga. Doakan kerajinan saya. Kerana mengupload di you tube memerlukan masa yang agak lama (almaklumlah pakej internet standard biasa-biasa). Dan saya tiadalah kerajinan menunggu itu.
5.      Air sungai yang merintangi jalan lama menuju ke Tambunan (Kampung Apin-apin).
Sebenarnya kawasan ini sangat menarik. Tetapi tidak ramai pelancong yang tahu. Air sungai yang dingin dan bersih, tempat yang strategik, kawasan yang menarik. Memang seronok kalau dapat berkelah. Ada juga famili yang datang mandi manda membawa anak, maklumlah, cuti sekolah. Tapi dalam pada menarik itu ada pula yang tak berapa menarik. Perkampungan di sini majoriti populasinya adalah dari etnik beragama kristian, jadi memelihara anjing dengan berkeliaran merupakan satu perkara biasa. Anjing itu tidaklah garang. Bagi saya yang sudah biasa dengan binatang tidak menjadi masalah. Bagi sesetengah orang, mungkin mereka agak sedikit sensitif, tambahan pula ia turut serta mandi di sungai tersebut. Jadi tak boleh buat apa, tengok sajalah. Apapun kami menghormati budaya etnik Sabah.








Pengalaman di Sabah - Kudat, tempat menarik sepanjang perjalanan dan tempat membuat Gong (akan datang)
Pengalaman di Sabah - Kudat - Tips of Borneo -Tanjung Simpang Mengayau (akan datang)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved