ads

Isnin, 9 Disember 2013

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Polis berkas 60 pendatang asing dalam operasi bersepadu <b>di Tawau</b>

Posted: 08 Dec 2013 10:17 AM PST

Polis berkas 60 pendatang asing dalam operasi bersepadu di Tawau

Polis berkas 60 pendatang asing dalam operasi bersepadu di Tawau

08/12/2013 11:57am

TAWAU - Polis Tawau memberkas 60 orang pendatang tanpa izin dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di dua kawasan berasingan di sini, awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata mereka yang berumur antara 20 dan 50 tahun itu ditahan dalam operasi empat setengah jam bermula pukul 4 pagi di Kampung Vietnam dan sekitar bandar Tawau.

"Kesemua yang ditahan terdiri daripada 44 lelaki manakala selebihnya wanita. Mereka ditangkap kerana tiada dokumen sah dan telah diserahkan kepada pihak Imigresen untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata dalam operasi itu, pihaknya turut merampas sebuah motosikal yang dipercayai dicuri dan mengeluarkan 16 saman.

"Kami juga membuat pemeriksaan terhadap 33 buah motosikal, 36 kereta dan lapan buah bas," katanya.

Awang Besar berkata operasi bersepadu itu disertai 70 anggota polis termasuk 10 pegawai, enam pegawai Imigresen dan tiga orang daripada JPN. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved