ads

Jumaat, 20 Disember 2013

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Cadangan pemasangan 20 unit CCTV <b>di Tawau</b> sudah diluluskan <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2013 06:57 AM PST

by AMIR ANUAR. Posted on December 17, 2013, Tuesday

TAWAU: Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Datuk Ismail Mayakob mengesahkan pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sudah meluluskan cadangan pemasangan 20 unit Kamera Litar Tertutup (CCTV) untuk daerah ini.

Menurutnya pegawai bertanggungjawab akan ke Tawau untuk menilai dan mengkaji lokasi-lokasi strategik di daerah ini bagi pemasangan CCTV terbabit dalam usaha meningkatkan langkah pencegahan jenayah.

"Kita menjangkakan pemasangan CCTV ini akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat seawal-awalnya pada tahun hadapan," katanya semasa mempengerusikan mesyuarat penuh MPT di sini kelmarin.

Beliau turut menegaskan projek pemasangan CCTV terbabit diluluskan melalui peruntukan pihak kementerian (kerajaan) dan bukannya dari pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuklah Dewan Perniagaan Tiong Hua.

Ismail mengalu-alukan jika ada sebarang NGO yang berminat untuk menambah jumlah CCTV namun pada masa yang sama beliau menekankan kos pemasangan CCTV amat mahal.

"Kalau Dewan Perniagaan Tiong Hua mahu tambah (selain 20 CCTV yang diluluskan pihak kementerian), kita tidak ada masalah," katanya sebagai mengulas laporan akhbar tempatan berbahasa Cina yang menyiarkan kenyataan NGO terbabit berhubung perkara berkaitan.

Laporan akhbar itu menyebut pihak Dewan Perniagaan Tiong Hua akan menyumbang CCTV (tanpa menyebut jumlah CCTV) untuk dipasang di kawasan perbandaran Tawau dan mendakwa projek mereka sudah diluluskan oleh pihak MPT dan polis.

Menyentuh perkara berasingan, Ismail turut mengumumkan bahawa MPT kini sedang giat menjalankan persiapan untuk menjayakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah yang dijadual akan disambut pada 14 Januari 2014.

"Kita menjangkakan seramai 10,000 orang awam akan hadir dalam program ini yang akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin selain turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman dan menteri-menteri Kabinet Sabah.

Dalam pada itu, MPT diumumkan menerima tiga anugerah peringkat negeri seluruh pihak berkuasa tempatan, masing-masing tempat ketiga dalam Anugerah Kebersihan, Anugerah PBT Terawal menghantar penyata kewangan dan Anugerah Sijil Kewangan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved