ads

Selasa, 10 Disember 2013

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Lelaki Melecur Selepas Rumah Dibakar Ipar <b>Di Tawau</b>, Sabah <b>...</b>

Posted: 05 Dec 2013 02:53 AM PST

Kerjaya Dari Rumah
"Peluang Bekerja Di AUSTRALIA Gaji Lumayan"..KLIK SINI..

bdDisebabkan masalah rumah tangga, seorang lelaki nekad membakar rumah keluarga isterinya di Taman Semarak, di sini hari ini menyebabkan adik iparnya parah akibat melecur.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, dalam kejadian pukul 8.15 pagi itu, mangsa yang berumur 24 tahun, melecur hampir 80 peratus.

"Mangsa cuba menghalang suspek yang berusia 52 tahun daripada membakar rumah mereka kerana marah dengan isterinya yang dikatakan enggan berbaik semula.

"Ketika cuba menghalang, mangsa tergelincir dan pada masa itu juga suspek menyalakan api sehingga menyebabkan mangsa turut terbakar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Beliau berkata, sebelum kejadian itu suspek mengambil dua tong berisi petrol dari keretanya dan menyimbah minyak itu ke rumah keluarga mangsa.

Mangsa yang melihat tindakan suspek itu, cuba menghalang, namun tergelincir dan terbakar.

Awang Besar berkata, bapa mangsa yang berusia 61 tahun turut mengalami kecederaan melecur di kaki akibat terkena api ketika cuba membantu anaknya.

"Siasatan awal mendapati suspek yang sedang dalam proses perceraian dengan isterinya berusia 40 tahun, pergi ke tempat kejadian untuk berbincang dengan isterinya," katanya.

Mangsa kini dirawat di Hospital Besar Tawau di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal. – Bernama

 Gambar Kredit pada Facebook Sahabat

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved