ads

Khamis, 5 Disember 2013

10 di sandakan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Musa dijangka lancar program semarak bersama Esscom <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 20 Nov 2013 03:42 PM PST

November, 21, 2013 - 7:42 am

esscom-logoKOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dijangka merasmikan Program Semarak Bersama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di Dewan Masyarakat Sandakan pada 24 Nov ini.

Ketua Pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek berkata program itu, antara lain, bertujuan memperjelaskan peranan dan fungsi Esscom dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah.

Beliau berkata program itu turut memberi peluang kepada rakyat di peringkat akar umbi untuk melihat sendiri aktiviti yang dijalankan oleh pelbagai pasukan dan agensi keselamatan di Sabah.

"Pihak Esscom juga mengadakan dialog dengan pemimpin masyarakat mengenai isu keselamatan, pameran aset keselamatan Esscom dan perkhidmatan setempat sempena Program Semarak Bersama Esscom," katanya dalam kenyataan di sini.

Pada majlis itu, Mohammad berkata Ketua Menteri dijadual melancarkan Buletin dan Portal Berita Esscom yang memuatkan berita terkini atau terpilih mengenai Esscom.

Beliau berkata lebih 2,000 orang, termasuk wakil rakyat dan ketua kampung dijangka menghadiri majlis yang julung kali diadakan itu.

Esscom yang merupakan agensi bertanggungjawab untuk menyelaras operasi kesemua agensi penguatkuasaan, keselamatan dan pertahanan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) ditubuhkan pada 1 April lepas dan dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Lahad Datu pada 13 April lepas.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved