ads

Isnin, 23 Disember 2013

10 di penampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


31 warga asing diserbu <b>di</b> kawasan setinggan <b>Penampang</b> <b>...</b>

Posted: 16 Oct 2013 03:11 PM PDT

by I.Sab Khan Mukarab Shah, utusanborneokk@gmail.com. Posted on October 17, 2013, Thursday

RATAN menunjukkan pedang samurai yang dirampas bersama barangan lain yang dipercayai dicuri dalam serbuan di sebuah kawasan setinggan berhampiran Taman Indah Bundusan.

PENAMPANG: Dua lelaki dipercayai penagih dadah adalah antara 31 orang yang ditangkap pihak berkuasa dalam Ops Cantas di kawasan setinggan Taman Indah, Bundusan, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Ratan Kumar Singh, berkata operasi yang dijalankan selama dua jam itu menyaksikan 15 rumah setinggan diserbu pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bahagian Narkotik, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sabah (JPAM).

"Dua lelaki berumur lingkungan 30an ditahan selepas polis menemui beberapa paket plastik mengandungi bahan putih dipercayai syabu dalam milikan mereka," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Ratan berkata pihak polis turut merampas pelbagai barangan seperti komputer riba, jam tangan, perhiasan dan kamera yang dipercayai barangan curi.

"Polis juga menemui beberapa bilah parang dan pedang samurai ketika serbuan," katanya.

Singh berkata seramai 31 pendatang tanpa izin (PTI) itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Penampang untuk siasatan lanjut.

"Antara mereka yang ditahan adalah tiga lelaki, tujuh wanita, 17 kanak-kanak dan dua bayi," katanya.

Beliau berkata operasi berkenaan akan terus dijalankan dari masa ke semasa dan turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang tampil memberikan maklumat kepada pihak berkuasa.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved