ads

Jumaat, 13 Disember 2013

10 di penampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Kejadian tembakan <b>di</b> Beverly Hills <b>Penampang</b> - Mama Murai

Posted: 04 Aug 2013 07:35 AM PDT

kes tembakan yang berlaku di kk

#Sekadar gambar hiasan

Belum pun reda kes tembakan ala mafia yang berlaku kepada pengasas salah sebuah bank terkemuka tanahair diperbincangkan, negara kita dikejutkan sekali lagi dengan berita jenayah yang menggunakan modus operandi hampir sama. Terbaru, kes tembak yang berlaku di Beverly Hills Penampang.

Saya tidak terkejut tatkala mendengar berita jenayah seperti ini, serius. Cuma apa yang membuatkan saya tertarik ialah ketika mendengar tempat kejadian kes tembak terbaru tu.

Sabah…

Apa pun korang baca jerlah laporan berita yang ditulis oleh pihak Bernama ni ek. Malas nak tulis lebih-lebih.

KOTA KINABALU – Seorang ahli perniagaan berusia 44 tahun terbunuh dalam kejadian tembak dari dalam kereta ketika berjalan keluar dari sebuah kedai kopi India Muslim di kompleks komersial Beverly Hills, di Penampang kira-kira pukul 10.15 malam semalam.

Lelaki itu dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth oleh sebuah kereta peronda polis, tetapi disahkan meninggal dunia lewat malam tadi.

Polis masih belum mendedahkan identiti ahli perniagaan itu, yang dikatakan baru sahaja meninggalkan kedai kopi selepas minum dengan beberapa rakan, lapor Mstar Online.

Sebaik sahaja beliau meninggalkan kedai kopi itu, seorang lelaki yang tidak dikenali yang sedang menunggu di dalam kereta menembak di bahagian perut dan segera memecut.

Polis peronda yang berada berdekatan kawasan mendengar tembakan dan segera tiba ke tempat kejadian, membawa lelaki itu ke hospital.

Pihak polis segera mengadakan sekatan jalan raya di seluruh bandar dalam usaha untuk menangkap penyerang.

Difahamkan, polis juga merekodkan kenyataan daripada rakan-rakan ahli perniagaan itu. – Bernama

Artikel menarik yang masih segar:

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved