ads

Jumaat, 27 Disember 2013

10 di lahad datu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Fenomena ikan Tamban naik sendiri ke darat <b>di Lahad Datu</b> <b>...</b>

Posted: 27 Dec 2013 05:41 AM PST

SubhanAllah, banyaknya ikan naik sendiri kedarat.

Kejadian dikatakan berlaku di Tambisan, Lahad Datu.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora dikawasan Laut China Selatan :

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora.

Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak yang diramalkan sejak Selasa lepas dijangka berterusan ke hari ini.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan di sini berkata angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Johor dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj juga dijangka berlaku di perairan Sabah (pedalaman, pantai barat dan Kudat), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Kedua-dua keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan, bot-bot kecil, rekreasi laut dan pantai termasuk menangkap ikan, perkhidmatan feri dan sukan laut.

Menurut kenyataan itu, amaran ribut petir menyeluruh dijangka berlaku di kawasan perairan Terengganu, Pahang, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dan dijangka berterusan sehingga awal malam hari ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved