ads

Ahad, 8 Disember 2013

10 di kinabatangan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


DGFC mulakan program pulihara harimau akar <b>di Kinabatangan</b> <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2013 05:09 AM PDT

September, 24, 2013 - 8:09 pm
Clarice Kelly memberitahu sesuatu kepada pelajar SK Kuala Suan Lamba.

Clarice Kelly memberitahu sesuatu kepada pelajar SK Kuala Suan Lamba.

SANDAKAN: Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) dan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) memperkenal satu program khas di sekolah untuk memupuk kesedaran kanak-kanak tentang harimau akar Sunda dan karnivor lain.

Program ini merupakan komponen utama projek harimau akar Sunda dan karnivor simpatrik yang mendapat sokongan penuh Yayasan Sime Darby. Ia juga mendapat sokongan dan latihan pelajaran daripada Point Defiance Zoo of the United States.

Pegawai pendidikan DGFC Clarice Kelly Samih berkata program penerangan pertama itu diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Suan Lamba awal bulan ini.

"Melalui program penerangan ini, kami harap kanak-kanak akan lebih memahami dan menyokong usaha untuk memulihara harimau akar kita yang cantik dan karnivor lain, terutama di kawasan Kinabatangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pengarah DGFC Dr Benoit Goossens berkata sasaran program itu untuk tahun ini ialah mewujudkan kesedaran tentang haiwan berkenaan di dua sekolah di kawasan Kinabatangan.

"Syukurlah, kami berjaya mengadakan program pendidikan ini hasil sumbangan yang diterima JHLS dan DGFC daripada Yayasan Sime Darby sebagai sebahagian daripada skim Big 9 yang dilaksanakan.

"Amat penting bagi yayasan itu memasukkan komponen pendidikan dalam program pemuliharaan harimau akar Sunda," katanya.

Goossens berkata kanak-kanak yang terlibat dengan program itu perlu berada selama dua hari di DGFC untuk membolehkan mereka mengalami suasana hutan, melihat haiwan liar dan berjumpa dengan saintis tempatan dan dari luar Negara untuk menimba pengetahuan.

"DGFC bukan sahaja memainkan peranannya untuk mendidik pelajar muda tempatan dan antarabangsa, tetapi juga memberi peluang kepada generasi muda Malaysia di Sabah untuk belajar tentang alam semula jadi yang ada di sekeliling mereka dan pentingnya kewujudan hidupan liar," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved