ads

Ahad, 22 Disember 2013

10 di keningau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


DUNIA ITU: Dua lelaki berbasikal maut nahas <b>di Keningau</b>

Posted: 21 Dec 2013 04:20 AM PST

KENINGAU: Dua lelaki yang sedang mengayuh basikal terbunuh dalam satu kemalangan di Kilometer 3 Jalan Keningau-Apin-Apin di sini pada Khamis malam.

Ketua Polis Daerah DSP Robert Salisip @ David berkata salah seorang mangsa dikenalpasti sebagai Johari Ajong, 28, seorang pekebun dari Kampung Fontas Nabawan, meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa, Damianus Pani Antonius, 41, seorang buruh dari Kampung Tiga Tayar di sini mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di Hospital Keningau pada pukul 10:15 pagi semalam (20 Dismeber).

"Kemalangan maut itu melibatkan dua buah kenderaan dan dua buah basikal yang berlaku kira-kira pukul 9:12 malam pada Selasa.

"Salah sebuah kenderaan, jenis Hilux, dipandu oleh seorang pegawai kerajaan berusia 39 tahun dari bandar Bingkor menuju ke bandar Keningau," katanya.

Sebuah lagi kenderaan yang terlibat ialah Avanza yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 49 tahun.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan sedang menuju ke arah yang sama. Walau bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, pemandu Avanza hilang kawalan kenderaannya, terbabas lalu melanggar kedua-dua penunggang basikal yang datang dari arah bertentangan.

"Berdasarkan siasatan di lokasi kejadian, salah seorang mangsa meninggal dunia di bahu jalan manakala Hilux berkenaan yang cuba mengelak dari melanggar Avanza yang terbabas itu merempuh tiang lampu di jalan yang sama," katanya.

Beliau berkata jalan di lokasi kemalangan lurus dan dua hala dan ketika kejadian hujan lebat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber The Borneo Post 21 Dis 2013

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved