ads

Selasa, 5 November 2013

di negeri sabah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


TYT Yang <b>Di</b>-Pertua <b>Negeri Sabah</b> Tun Datuk Seri Panglima Juhar <b>...</b>

Posted: 28 Oct 2013 08:26 PM PDT

KOTA KINABALU, 26 OKT – Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Sabah telah mengadakan Majlis Makan Malam Amal yang julung kali di adakan bersama tetamu kehormat, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah,  Tun Datuk Seri Panglima Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin serta diiringi bersama isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah binti Datuk R.M.  Jasni.

sbhdinner2

Majlis Makan Malam Amal ini adalah bersempena dengan sambutan penubuhan Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Sabah yang ke-20 tahun. Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah telah merasmikan pelancaran program sempena perayaan 20 tahun Silat Cekak Pusaka Hanafi Sabah pada tahun 2014. Antara program utama ialah Wajadiri Nasional Peringkat IPT & Sekolah, Road To MySilat Sabah dan juga Persembahan Silat Tertinggi di Gunung Kinabalu. Kehadiran YB Haji Taufiq Bin Haji Abu Bakar Titingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah yang turut mewakili Ketua Menteri Sabah memeriahkan lagi majlis manakala tetamu kehormat telah diiringi oleh Pewaris Mutlak Silat Cekak, YM Syeikh DR Hj Md Radzi bin Hj Hanafi dan juga Yang Di-Pertua Persatuan Seni Silat  Cekak Pusaka Hanafi Sabah, Tuan Hj Awang Masri Kefli.

sbhdinner1

Kehadiran 420 orang ahli Silat Cekak Pusaka Hanafi yang datang dari Sabah khususnya dan beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia telah memeriahkan lagi suasana majlis.

Penyampaian sumbangan kepada rumah anak-anak yatim  terutama di Tawau dan penyampaian sijil penghargaan kepada jabatan-jabatan yang telah bersetuju untuk menjadi  rakan penganjur bagi aktiviti dan program Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Negeri Sabah akan datang adalah antara aturcara majlis selain persembahan demonstrasi Silat Cekak Pusaka Hanafi.

kakbarsbh

Majlis bermula jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved