ads

Ahad, 17 November 2013

10 di semporna - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


KPN sahkan insiden bunuh, culik <b>di Semporna</b> | Sarawak Online

Posted: 14 Nov 2013 10:00 PM PST

JOHOR BAHRU - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan laporan kejadian culik dan bunuh membabitkan dua pelancong China, dipercayai suami isteri, di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah awal pagi ini.

Beliau berkata, polis sedang giat memburu kumpulan lelaki bersenjata yang terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu.

"Kejadian melibatkan seorang pelancong lelaki warga China yang ditembak mati, manakala seorang lagi pelancong wanita yang kita percayai isteri mangsa telah dilarikan oleh kumpulan lelaki berkenaan," katanya.

Beliau berkata, demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor Bahru di sini hari ini. Turut hadir Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Difahamkan kedua-dua mangsa menginap di resort di pulau berkenaan bermula Selasa lepas dan dijangka mendaftar keluar Rabu depan.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata setakat ini polis belum menerima apa-apa permohonan penggunaan senjata api daripada bahagian penguatkuasaan agama di negara.

"Ada syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi untuk pemohon miliki senjata api, jika penuhi syarat itu kita luluskan, Namun setakat ini kita belum terima (permohonan daripada jabatan agama)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mahukan Anggota Penguatkuasa Jabatan Agama Islam dibekalkan dengan senjata api ketika melakukan operasi.

Berhubung kes pembunuhan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Abdul Malik, Khalid meminta saki baki 27 lagi pengikut ajaran sesat 'Tuhan Harun' supaya tampil membantu siasatan.

"Kalau tidak hadir, kita akan cari mereka dan mahkamah sendiri juga telahpun mengeluarkan waran tangkap untuk menahan ketua mereka yang gagal menghadirkan
diri di mahkamah untuk perbicaraan," katanya.

Ahad lepas, Ahmad Raffli, 49, mati akibat ditembak dari jarak dekat oleh seorang daripada tiga suspek yang datang ke rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan. - Bernama

UMNO Online - Kes Penculikan <b>di Semporna</b> : Tiada Kaitan Dengan <b>...</b>

Posted: 15 Nov 2013 04:00 AM PST

Kategori Berita Lain

Kes Penculikan di Semporna : Tiada Kaitan Dengan Pencerobohan – KP Esscom

LAHAD DATU, 15 Nov -  Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek menegaskan kejadian culik dan bunuh di Pulau Pom Pom, Semporna awal pagi Jumaat tiada kaitan dengan insiden pencerobohan dahulu.

Sebaliknya kata beliau kejadian merupakan kes terpencil membabitkan penjenayah.

"Oleh itu, saya menasihatkan orang ramai supaya tidak panik ekoran kejadian ini kerana keadaan di sini (pantai timur) terkawal. Kita tunggu siasatan pihak polis dan jangan buat sebarang spekulasi," katanya dalam sidang media di ibu pejabat ESSCOM, di Pangkalan Polis Marin, dekat sini. Mengulas mengenai kes itu, Mohammad berkata kejadian berlaku pukul 1 pagi membabitkan dua pelancong Taiwan.

Mangsa lelaki berusia 57 tahun mati ditembak di dalam sebuah chalet manakala mangsa wanita berumur 56 tahun dipercayai dilarikan oleh kumpulan yang tidak dikenali, katanya.

"Setakat ini, kita tidak ada maklumat siapa yang bertanggungjawab dan pihak polis sedang menyiasat motif kejadian itu," katanya.

Menurut Mohammad susulan kejadian itu, pihaknya mempertingkat kawalan keselamatan terutama di pulau-pulau yang menjadi tumpuan pelancong.

Katanya beliau dan pegawai ESSCOm akan melawat tempat kejadian esok.

Beliau berkata pihak ESSCOM juga bercadang mengadakan perjumpaan dengan pengusaha pusat peranginan dan pelancongan untuk berbincang mengenai aspek keselamatan di pusat peranginan masing-masing.

"Kita akan buat penilaian tahap kesiapsiagaan dari segi keselamatan di pulau-pulau peranginan dalam usaha mempertingkatkan kawalan keselamatan," katanya.

Dalam masa yang sama Mohammad berkata keadaan kawasan pesisir pantai yang panjang dan luas khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) menyukarkan pasukan keselamatan untuk mengawal setiap inci sempadan laut negara.

Sementara itu di KOTA KINABALU, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata Sabah masih selamat untuk dilawati kerana kejadian berlaku di kawasan terpencil. "Kita akan memastikan keselamatan pengunjung dan pelancong yang melawat Sabah terjamin dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya," katanya di sini.

Musa berkata beliau juga sudah diberi taklimat oleh ESSCOM berhubung kejadian itu.

Kita serah kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan, katanya yang turut meminta orang ramai agar tidak mendengar khabar angin berhubung kejadian itu.

Berita Bertarikh Pada 15 November 2013 8:00 PM

Lagi Berita: Pengganas Al-Qaeda terlibat kes bunuh <b>di Semporna</b>

Posted: 16 Nov 2013 12:58 AM PST


KUALA LUMPUR - Kumpulan pengganas Al-Qaeda Abu Sayyaf dipercayai terlibat dalam kes culik dan bunuh, dua pelancong Taiwan di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah, awal pagi semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata, pengganas terbabit dipercayai bergerak dalam kumpulan seramai lapan orang dengan menaiki bot pam dan menculik mangsa untuk tebusan.

Bagaimanapun, beliau berkata, setakat ini, belum ada tuntutan tebusan dibuat, dan usaha mengesan mangsa masih diteruskan dengan bantuan pihak berkuasa di Filipina.

"Kita percaya kumpulan pengganas ini mengambil kesempatan memasuki perairan Sabah kerana pasukan bersenjata Filipina telah dikerah ke utara untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat dalam taufan Haiyan. Jadi ia memudahkan pengganas untuk melakukan jenayah," kata Khalid.


Bercakap pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sunathon (berkhatan beramai-ramai) Program Gaya Hidup Sihat, di sini, hari ini, Khalid berkata beliau telah berunding dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi meningkatkan kawalan di perairan Sabah berikutan perkembangan itu.

Dalam kejadian semalam, seorang pelancong lelaki warga Taiwan ditembak mati manakala isteri mangsa yang juga warga Taiwan telah dilarikan kumpulan terbabit.
Khalid berkata, polis akan mempertingkatkan lagi tahap keselamatan di kawasan berkenaan bagi mengelak berulangnya kejadian seumpama itu.

Beliau juga berkata, satu operasi besar-besaran akan dijalankan di sekitar pulau-pulau yang bersempadan dengan negara jiran itu bagi mengesan dalang di sebalik kejadian jenayah itu.
"Saya mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan pengganas dan tidak memberi sebarang maklumat atau bantuan kepada musuh negara," tegasnya.

Katanya, polis akan mengesyorkan kepada pihak berkuasa di perairan Sabah supaya menguatkuasa pengharaman penggunaan bot pam kerana pengganas dan penjenayah menggunakan bot berkenaan untuk aktiviti jenayah.

"Kita tahu dengan pengharaman bot ini, penduduk akan menghadapi kesukaran dalam menjalankan aktiviti harian.. Tiada tolak ansur dalam isu keselamatan.
Kita minta pihak berkuasa ambil tindakan drastik terhadap perkara ini," katanya.

Khalid berkata, aktiviti pelancongan tidak akan terjejas berikutan kejadian itu kerana pasukan keselamatan sentiasa mengetatkan kawalan di sekitar pusat peranginan dan pelancongan di seluruh Sabah termasuk di Semporna, Sandakan dan Tawau. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved