ads

Jumaat, 1 November 2013

10 di sandakan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Hotel Best <b>di Sandakan</b> - Cerita kita berlainan walau di dunia yang <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2013 12:19 AM PDT

Assalamualaikum

Hai,baru-baru ni hubby bawa me pegi ikut outstation di Sandakan then balik kampung dia.Selalunya kalau outstation di Sandakan memang terus balik kampung memandangkan jarak kampung dia ke bandar hanya memakan masa 15-20 minit saja.Tapi kali ni kami saja tukar angin stay hotel 2 malam.

Malam first kami menginap di Swiss In hotel Sandakan.Since tiada buat booking, so kami gamble saja tnya kalau ada bilik yang masih available.Alhamdulillah ada satu bilik superior yang menempatkan katil king saiz untuk kami.At first mau ambil bilik menghadap laut tapi semua sudah full so terpaksalah ambil yang menghadap bandar.Bilik superior menghadap bandar costing around RM160/night including breakfast for 2( tidak termasuk tax n charge) while yang menghadap laut around RM180/night.
Biliknya cosy,selesa dan lengkap semuanya.Iron pun disediakan dalam bilik.So tidak perlula jalan2 dengan baju kusut or tpaksa call receiptionist minta hantar iron.Wifi free pun ada disediakan :-D

Lokasi hotel ni memang sangat strategik sebab hanya bersebelahan dengan Harbour Mall-shopping mall terbesar di Sandakan.Belakang Harbour Mall tu pula Pasar Besar Sandakan.Memang sesuai sangat la untuk yang mau shopping udang kering,ikan bilis atau rumpai laut yang super murah. Hotel ni juga sebaris Genting Mas Hypermarket yang terkenal sebagai tempat shopping barang keperluan harian yang sangat murah.So kalau yang ada anak kecil n perlukan kudap2 tu memang sini la tempatnya.Tapi harus punya kesabaran lebih sikit sebab tempat tu memang sesak dan perlu berbaris panjang masa membayar barangan.

Pilihan menu untuk sarapan tidak la banyak sangat, tapi masih kira berbaloi dan masakannya pun boleh tahan juga. Paling best sebab boleh bersarapan menghadap laut.*Awww romantik sangat, rasa macam pegi honeymoon balik*.Oh ya restoran ni berada di bangunan sebelah hotel tau.Alaaa dekat saja ok.Kira keluar pintu hotel n depan tu nampak dah restoran menghadap laut.Bagi yang bosan time malam,bolehla lepak di Mc Donald bawah Harbour Mall yang menghadap laut.Time malam happening juga tempat ni sebab ramai lepak tepi laut dkt McD. Kalau tidak suka McD boleh pegi ke KFC di hujung bangunan hotel ni,lokasinya juga menghadap laut.

Ah cakap banyak pun tidak guna kan,jom la kita tengok bukti bergambar yang ada ni ;-)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved