ads

Selasa, 5 November 2013

10 di kudat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


SENARAI MANGSA PESAWAT MASWING TERHEMPAS <b>DI KUDAT</b>

Posted: 10 Oct 2013 07:54 PM PDT

Senarai mangsa pesawat Maswings terhempas di Kudat pada 10 Oktober 2013

maswing terhempas remuk senarai mangsa pesawat maswing terhempas di kudat

Pesawat MH3002 (MASwings)

Sebuah kapal terbang jenis Twin Otter milik MASwings yang dinaiki 16 orang tergelincir dan terbabas ke arah kediaman sejurus mendarat di luar landasan Lapangan Terbang Kudat, Sabah

Menurut laporan awal, kejadian berlaku ketika pesawat yang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kudat itu dilaporkan terbabas ketika mendarat akibat angin kencang sebelum merempuh sebuah rumah penduduk di Kampung Sinsan yang terletak berhampiran lapangan terbang berkenaan

Pesawat malang itu dengan 16 orang termasuk juruterbang dan krew kabin, merempuh pagar konkrit rumah yang terletak luar lapangan terbang di hujung landasan itu menyebabkan sebahagian kediaman terbabit rosak teruk

Impak pelanggaran tersebut menyebabkan bahagian hadapan pesawat berkenaan remuk teruk dan difahamkan penumpang hanya dapat dikeluarkan selepas enjinnya berhenti sendiri apabila kehabisan minyak bagi mengelak kejadian tidak diingini ekoran kipas yang masih berpusing

Ini merupakan nahas pertama membabitkan MASwings di Kudat dan keluarga penumpang pesawat tersebut diminta menghubungi 03-78841234 untuk pertanyaan dan maklumat lanjut

juruterbang mas wing cedera pesawat terhempas senarai mangsa pesawat maswing terhempas di kudat

Berikut adalah senarai mangsa yang disiarkan oleh media yang terbabit dalam nahas itu

Nama mangsa maut Umur/ Tahun
Marc Joseph Bansh (pembantu juruterbang) 23
Tan Ah Chai 69
Nama mangsa cedera parah Umur/ Tahun
Isabella Abal 26
Wan Ahmad Abdul Amir Wan Yahaya (juruterbang) 58
Nama mangsa cedera ringan Umur/ Tahun
Fauziah Pelimin 32
Mohd. Raiyan Fatmi 4
Nur Filzah Raudhah 1
Merang Maharani 54
Noorhazwin Sharom 29
Chang Gee Keong 29
Elranita John 25
Junaini Bladi 52
Erwan Shah Einin 23
Lee Chee Kian 39
Tan Kang Cheing.

info grafik nahas mas 1 wings senarai mangsa pesawat maswing terhempas di kudat

info grafik nahas mas wings 2 senarai mangsa pesawat maswing terhempas di kudat

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved