ads

Sabtu, 9 November 2013

10 di kota marudu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


06/11/2013: Enam lagi kampung <b>di Kota Marudu</b> yang akan dibanci <b>...</b>

Posted: 06 Nov 2013 06:04 AM PST

Kerajaan Negeri mengenal pasti enam lagi kampung di Kota Marudu yang akan dibanci bagi tujuan pemberian geran tanah berkelompok.

Menurut Anggota Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, kampung terbabit ialah Sonsogon Paliu, Sonsogon Magandai, Sosongon Suyad, Binontungan Suyad, Binontungan Suyad 1 dan Kampung Piso.

Katanya, ia merupakan satu lagi janji yang ditunaikan Kerajaan untuk menyelesaikan isu tanah peribumi di Sabah, juga selaras usaha kerajaan menjaga kebajikan masyarakat luar bandar.

Datuk Dr. Maximus yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, berkata geran berkelompok di Sonsogon Magandai yang membabitkan tanah seluas 81.6-hektar, Sonsogon Suyad 55-hektar dan Sonsogon Paliu 28-hektar akan memberi manfaat kepada hampir 300-keluarga.

Untuk kawasan Binontungan Suyad pula, geran berkelompok itu melibatkan tanah seluas 70.2-hektar dan 117 peserta, sementara di Binontungan Suyad 1 membabitkan 38.4-hektar dengan 64-keluarga, manakala Kampung Piso masih dalam perbincangan.

Beliau memberitahu demikian selepas menghadiri mesyuarat bersama Jabatan Tanah dan Survei di Kota Marudu.

alizaali/Bernama.

~mfja~

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved