10 di kota marudu - Google Blog Search |
Petisyen PKR <b>di</b> Parlimen <b>Kota Marudu</b> Ditolak | Politik - Rakyat News Posted: 07 Nov 2013 05:00 PM PST
KOTA KINABALU 8 Nov - Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak dengan kos petisyen difailkan calon PKR untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum ke-13 bagi kerusi Parlimen Kota Marudu yang dimenangi Barisan Nasional (BN). Hakim Datuk Yew Jen Kee memutuskan petisyen yang difailkan Datuk Maijol Mahap daripada PKR gagal membuktikan Borang 14 yang merekodkan jumlah undi diperoleh setiap calon serta bilangan undi rosak, tidak diberi kepada ejen pilihan raya PKR, dan ia tidak menjejaskan keputusan pilihan raya mengikut Seksyen 32(b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. "Dakwaan pempetisyen bahawa ejennya tidak diberikan Borang 14, namun borang itu telah diserahkan untuk ditandatangani dan tiada bantahan dikemukakan kepada Ketua Tempat Mengundi (KTM). "Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) Kota Marudu Luvita Koisun juga menerima semua Borang 14 yang telah disahkan dan dihantar KTM yang bertugas di pusat mengundi terbabit, katanya di Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini. Yew turut memerintahkan Maijol membayar kos masing-masing RM40,000 kepada responden kedua dan ketiga. Mahap menamakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sebagai responden pertama, Luvita responden kedua dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) responden ketiga. Pada 13 Ogos lepas, Yew memutuskan supaya dakwaan amalan rasuah terhadap Ongkili digugurkan daripada petisyen itu, tetapi Ongkili kekal sebagai responden kerana beliau merupakan pemenang kerusi berkenaan. Sementara itu, Ongkili ketika ditemui pemberita berpuas hati dengan prosiding yang dijalankan dan ia mempamerkan suatu proses yang baik kepada kerajaan dan SPR. Ongkili, yang mewakili BN, memenangi kerusi itu dengan majoriti 842 undi selepas memperoleh 15,168 undi dalam pertandingan empat penjuru manakala Mahap meraih 14,326 undi, calon Star Majamis Timbong (2,228 undi) dan Yuntau alias Kuntau Kolod (SAPP) mendapat 444 undi manakala 911 undi ditolak. Ongkili diwakili peguam Chin Teck Ming, sementara Luvita dan SPR diwakili Peguam Kanan Persekutuan Mahiran Mohd Isa dan Zawawi Ghazali manakala Maijol diwakili peguam Fulton Mark Sitiwin. |
You are subscribed to email updates from di kota marudu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan