ads

Rabu, 9 Oktober 2013

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Konsulat Indon <b>di Tawau</b> mahu bawa lebih ramai ahli perniagaan ke <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2013 05:11 AM PDT

October, 3, 2013 - 8:11 pm

logo-EXPOTAWAU: Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau berhasrat membawa lebih ramai ahli perniagaan dari Tawau ke Jakarta bagi meneroka lebih dekat potensi sektor industri sempena pameran perdagangan, 'Trade Expo Indonesia' (TEI) ke-28 pada 15-20 Okt ini.

Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia di Tawau Muhammad Soleh berkata rombongan yang diatur pejabat konsul itu buat kali kedua untuk usahawan dari Tawau itu diharap dapat membuka lebih banyak jalinan kerjasama dengan ahli perniagaan di Indonesia untuk faedah kedua-dua belah pihak.

Beliau berkata semasa di Jakarta, ahli-ahli perniagaan atau penggiat ekonomi dari Tawau akan diatur untuk bertemu dengan kelompok sama di Indonesia bagi memudahkan jalinan kerjasama itu.

"Mengikut statistik TEI ke-27 tahun lepas, Malaysia dikenal pasti sebagai negara kedua tertinggi yang berurus niaga di sepanjang pameran itu berlangsung dan kita harap statistik ini akan meningkat lagi pada tahun ini.

"Kita harap kali ini, kita boleh membawa anggota rombongan yang lebih besar berbanding 17 orang pada tahun lepas," katanya semasa mempengerusikan majlis makan tengah hari peniagaan TEI di sini hari ini. Majlis berkenaan dihadiri pegawai-pegawai kanan KRI Tawau, ahli perniagaan serta persatuan perniagaan di daerah ini.

Mohammad berkata ahli-ahli perniagaan dari Tawau perlu mengambil peluang berkenaan bagi memperluas dan mengembangkan bidang perniagaan atau perusahaan yang mereka jalankan melangkaui sempadan kedua-dua negara.

Katanya banyak manfaat yang dapat dicapai sekiranya hubungan perdagangan kedua-dua negara khususnya di Tawau dan wilayah Indonesia yang berhampiran diwujudkan melalui pengukuhan hubungan ekonomi dan keakraban Malaysia-Indonesia.

"Perkara ini selaras dengan hasrat kita untuk memperkenalkan ahli-ahli perniagaan di sini terhadap situasi perniagaan dan perdagangan di Indonesia sekaligus merealisasikan misi untuk melihat daerah Tawau turut tersenarai di dalam kalendar ekonomi dunia," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved