ads

Khamis, 31 Oktober 2013

10 di sandakan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


JAS digesa pantau pencemaran Sungai Segaliud <b>di Sandakan</b> | The <b>...</b>

Posted: 28 Oct 2013 06:56 AM PDT

October, 28, 2013 - 9:56 pm
Sungai Segaliud

Sungai Segaliud

SANDAKAN: Anggota Dewan Undangan Negeri Sekong Datuk Samsuddin Yahya menggesa Jabatan Alam Sekitar agar lebih kerap memeriksa kilang memproses minyak kelapa sawit yang beroperasi di sepanjang Sungai Segaliud.

Beliau berkata ini berikutan terdapat aduan penduduk Kampung Segaliud berhubung pencemaran di sungai itu sehingga menyebabkan ikan dan udang mati.

"Pemantauan lebih ketat perlu dilakukan dan tindakan penguatkuasaan perlu diambil sekiranya terdapat kilang yang dikesan menyalurkan bahan buangan ke sungai itu," katanya.

Samsuddin berkata penduduk kampung turut mendakwa masalah pencemaran di Sungai Segaliud berlaku sejak beberapa hari lepas.

Beliau berkata sungai itu merupakan tempat penduduk mencari rezeki kerana kebanyakan mereka adalah nelayan, selain punca air utama untuk disalur ke Loji Segaliud sebelum diagih kepada lebih 400,000 penduduk di daerah ini.

Katanya, terdapat enam kilang beroperasi di sepanjang sungai itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved