ads

Isnin, 14 Oktober 2013

10 di papar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


10/10/2013: Lebih 500 Nelayan <b>Di Papar</b> Dan Bongawan Terima <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2013 02:56 AM PDT

Seramai 535 nelayan sekitar Papar dan Bongawan menerima elaun sara hidup bulanan bernilai 2-ratus ringgit seorang daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sabah.

Majlis penyerahan elaun berjumlah 107 ribu ringgit itu dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri Bongawan Mohamad Alamin bertempat di Dewan Masyarakat Papar.

Dalam ucapannya, beliau meminta Persatuan Nelayan Kawasan agar mengambil tindakan proaktif menyenaraikan lebih ramai nelayan yang layak menerima elaun berkenaan. Bagaimanapun, senarai penerima wajar disemak setiap masa bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menerima bantuan tersebut.

Mengenai perumahan untuk golongan nelayan, beliau menyatakan sebanyak 105-buah rumah bernilai sejuta ringgit dan 63-buah rumah dibaikpulih dengan kos 7-ratus 56-ribu ringgit siap dibuat di daerah Papar. Manakala 3-ratus 33-ribu ringgit digunakan untuk membaikpulih 36-buah rumah di Bongawan.

Mengenai pengurangan zon penangkapan ikan di negeri ini khususnya di kawasan berhampiran Terminal Minyak dan Gas (SOGT) Kimanis, beliau berkata, pemberian pampasan kepada nelayan terlibat masih dalam peringkat rundingan dengan pihak Petronas.

~Rtka/Rtka (Shon/Halim/Cov)

~mdre

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved