ads

Sabtu, 14 September 2013

di negeri sabah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Rafi Harumin: Istilah yang terkenal <b>di Negeri Sabah</b>.

Posted: 08 Sep 2013 06:48 AM PDT

Istilah yang terkenal di Negeri Sabah.

Mari kita berkenalan dengan dua istilah yang biasa digunakan oleh golongan belia di Negeri Sabah. Perkataan atau istilah yang pertama ialah 'trep'. Trep bermaksud perasan. Saya tidak tahu dari mana asal usulnya perkataan ini. Apapun, ia sudah sebati digunakan dalam perbualan dengan memahami maksudnya seperti yang dinyatakan. Antara contoh ayatnya adalah seperti berikut;

i. "Si polan itu memang TREP artis. Menyanyi dan berpakaian seperti penyanyi padahal suaranya benar-benar memanggil hujan!"

ii. "Kau jangan cuba-cuba TREP penulis di sana. Sudahlah penulisan pun main hentam keromo, buruk pula tu!"

iii. "Masalah kau ini, seluruh aspek kehidupan pun kau macam tahu. TREP sempurna. Kawal-kawallah diri jangan kuat berTREP!"

Itu istilah pertama berserta contohnya. Yang kedua pula disebut 'memulitik'. Maksudnya, seseorang yang kuat temberang atau cakap berbelit-belit. Rasanya tuan puan sudah tahu apa kata akarnya bukan? Contoh ayatnya pula adalah seperti berikut;

i. "Engkau, kalau bercakap biar jelas pada maksud. Jangan kuat MEMULITIK!

ii. "Si anu itu, janji-janjinya selalu melangit, padahal MEMULITIK saja.

Sekian, selamat belajar.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved