ads

Jumaat, 6 September 2013

10 di ranau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


MENJADI SATU...: Tempat menarik <b>di Kundasang</b>, Sabah

Posted: 12 Jul 2013 07:22 AM PDT


Dengan hati sedikit ralat kerana tidak dapat menghabiskan masa yang banyak di Kundasang…separuh hari di Kundasang langsung tidak mencukupi…paling2 anda perlu menginap di Kundasang…seriously tempatnya memang menenangkan..sejuk dan nyaman..so I sharela sikit tempat yang anda boleh pergi di Kundasang…ada tempat yang saya plan nak pergi tapi tak sempat nak pegi...
 On the way ke kundasangan anda boleh singgah di RUMAH TERBALIK. Rumah ini memang di bina terbalik..Kami hanya tengok dari luar je tak masuk pun..kalau nak masuk bayar RM 12.00 kalau tidak salah saya..tapi kami adik beradik kejar masa untuk ke Kundasang..so kami decided tak payah masuk tengok je dari luar.. Ramai jugak orang yang datang ke sini untuk melihat keunikan rumah terbalik..Maaf ye tak dapat story apa yang ada di dalamnya. 

Kemudian kami berhenti di satu pekan sebelum sampai Ke Kundasang…Nama pekan tu PASAR KUNDASANG…Wah kami bernasib baik walaupun dah lambat dalam pukul 10 masih berjaya menikmati permandangan gunung kinabalu..Kata pakcik kat situ..kalau lambat dan nasib tidak baik sikit je..xdapatla tengok puncak gunung kinabalu..memang betul baru pukul 10.30pg awan dah mula menutupi puncak gunung kinabalu..Nak kata rezeki kamila tu hehehe..Kat sini juga ada deretan gerai dan banyak gerai menjual kraftangan dan cenderahati…
nah beronok-ronok kami adik beradik hahahha
Seterusnya kami singgah makan di PEKAN RANAU... sambil menikmati keindahan pekan ranau..tak banyak yang boleh di ceritakan…nikmati aja..

TAMAN KINABALU wah..sangat-sangat segar rasanya..hahahah mmg best sangat..udara yang segar dan nyaman..Masuk taman bayar k..saya tak ingat berapa mungkin dalam RM 4.00 kalau saya tidak silap..tapi tiket ini jangan hilangkan sebab kalau anda nak ke PORING HOT SPRING nnti pun kena bayar….Tetapi tiket di Taman Kinabalu boleh guna untuk masuk ke Poring Hot Spring nnti..Kalau tidak anda perlu bayar semula..jadi simpan tiket tu.. 
Perjalanan diteruskan ke PORING HOT SPRING. Ini adalah tempat bermandi manda, air terjun  dan ada kolam air panas..ada macam-macam lagi.. Banyak kawasan
yang boleh dilawati kat sini.Tapi penat ooo nak pusing habis tempat ni..kalau nak ke air terjun atau gua pastikan bawak baju spare hehehehe..
DAIRY FARM… Tempat ternakan lembu…diorang cakap macam berada di New Zealand tau..nak sangat pergi tapi tidak kesampaian kerana betul-betul kesuntukan masa..jadi anda kalau berkesempatan jangan tak pergi k..mesti pergi..kami hanya menikmati pemandangan dari jauh je hehehe
KOLAM IKAN RANAU..ini pun antara tempat yang nak saya pergi tapi tidak juga kesampaian..tapi takpe itu tandanya mesti kena datang lagi kundasang untuk kali kedua..
  
Itu sahaja yang dapat dikongsikan..jadi kalau datang ke Kundasang paling-paling tidola sehari dua k..banyak hotel yang ada dekat situ..dan nikmatilah kesegaran udara di kundasang..menurut maklumat pakcik yang bawak saya dan adik2..bila malam sgtla sejuk..dan bila bangun pagi boleh lihat keindahan gunung kinabalu…wahhhhh bestnya…nak ke sana lagi…
andai ada tersalah silap dalam entri ini..maafkanlah akan diperbaiki dari masa ke semasa...SALAM RAMADHAN..SEMOGA SENTIASA DIBERKATINYA DIMANA SAHAJA KITA BERADA..AMIN...

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved