ads

Isnin, 30 September 2013

10 di papar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


200,000 dvd cetak rompak bernilai RM1.4 juta dirampas <b>di Papar</b> <b>...</b>

Posted: 04 Sep 2013 04:05 PM PDT

September, 5, 2013 - 7:05 am
Antara filem yang dirampas termasuk 'KL Gangster 2' yang sepatutnya ditayangkan Oktober depan. – Gambar the Borneo Insider oleh Aaron Chin

Antara filem yang dirampas termasuk 'KL Gangster 2′ yang sepatutnya ditayangkan Oktober depan. – Gambar the Borneo Insider oleh Aaron Chin

PAPAR: Lebih 200,000 filem cakera padat digital (DVD) cetak rompak bernilai kira-kira RM1.4 juta dirampas dalam serbuan di sebuah rumah berkembar di Taman Suvuang, dekat sini, hari ini.

Pengarah Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri Ahmad Hilmi Said berkata serbuan ke rumah dua tingkat itu dilakukan sembilan pegawai penguatkuasa, pada kira-kira 9.30 pagi, selepas intipan selama tiga minggu, hasil maklumat awam.

"Seramai tujuh orang termasuk dua wanita, berusia lingkungan 30-an yang berada di premis itu ditahan bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini sambil menambah, dua lelaki terbabit merupakan rakyat tempatan sementara lima yang lain, warga asing.

Beliau berkata, 30 mesin pendua turut dirampas dalam serbuan itu.

"Terdapat dua kategori filem, iaitu filem yang berklasifikasi X dan filem yang tidak diluluskan Lembaga Penapisan Filem," katanya.

Menurut Ahmad Hilmi, antara filem yang dirampas termasuk 'KL Gangster 2′ yang sepatutnya ditayangkan Oktober depan, namun telah dijual secara haram di pasaran.

"Kami percaya ini merupakan rampasan terbesar di Sabah tahun ini," katanya.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved