ads

Selasa, 3 September 2013

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


YAPEIM Rancang Tambah Perkhidmatan Ar-Rahnu <b>Di Sabah</b>

Posted: 16 Aug 2013 03:01 AM PDT

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) dalam perancangan untuk menambah perkhidmatan Ar- Rahnu di negeri ini, selewat-lewatnya tahun ini.

Ketua Pengarah YaPEIM, Dato Haji Abdul Malek Awang Kechil berkata, ketika ini pihaknya telah mengenalpasti lokasi dan premis sesuai bagi menjalankan perkhidmatan itu di Sandakan.

Beliau yakin penambahan perkhidmatan berasaskan Syariah itu di negeri ini mampu memberi manfaat khususnya kepada masyarakat Islam.

Dato Haji Abdul Malek ditemui media semasa mengetuai kunjungan hormat Ahli Majlis Tertinggi YaPEIM terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Haji Juhar Haji Mahiruddin di Istana Negeri Kota Kinabalu.

Ar-Rahnu adalah perkhidmatan pajak gadai secara Islam. Ketika ini, terdapat 6-cawangan Ar-Rahnu di Sabah, masing-masing 2 di Kota Kinabalu, sebuah di Putatan, Kota Belud, Tawau dan Semporna.

Dalam masa sama, Dato Haji Abdul Malek berkata YaPEIM turut menyediakan pelbagai program khusus untuk golongan kurang berkemampuan. Antaranya, Skim Anugerah Pelajar Malaysia, Program Kebajikan dan Program Sinar Kasih.

~sahira/cov-Radik

~mdre

Najib Pemimpin Pertama Ambil Tindakan Terhadap Masalah <b>...</b>

Posted: 15 Aug 2013 09:46 PM PDT

alt

KOTA KINABALU 15 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pemimpin pertama yang mengambil langah proaktif secara tegas dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Khamis.

Beliau berkata Najib mengambil tindakan segera untuk melindungi keselamatan dan kedaulatan negara berikutan pencerobohan penggaans Sulu di Lahad Datu pada Februari lepas dengan menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

"Kita dapat melihat bahawa seruan kita agar isu pendatang tanpa izin di negeri ini, didengari perdana menteri sekarang. Ini sepatutnya dibuat sejak lama dulu.

"Kita dapat melihat bahawa sejak tertubuhnya ESSCOM, kebanjiran pendatang tanpa izin ke negeri ini dapat dihentikan," katanya ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah di kota Kinabalu, Khamis.

Pairin, yang juga presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), mencadangkan agar satu peraturan khusus dilaksanakan terhadap pendatang yang mendapat pekerjaan di negeri ini memandangkan mereka juga membantu membangunkan ekonomi Sabah.

Bagaimanapun, beliau berkata satu garis jelas perlu diwujudkan menentukan siapa yang patut dan tidak patut tersenarai dalam daftar pemilih.

Beliau berharap mereka yang datang ke negeri ini untuk mendapatkan kerakyatan akan kembali ke negara asal masing-masing kerana mereka bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri, tetapi juga nyawa keluarga mereka.

Pairin menyeru rakyat dan pihak berkuasa berkenaan supaya tidak teragak-agak untuk melindungi keselamataan dan kedaulatan negara.

Terahulu, ahli perniagaan Datu Akjan Ali Muhammad menafikan upacara yang diadakan di Kampung Likas dekat sini pada Februari 2011 adalah majlis perisytiharan beliau sebagai Sultan Sulu.

Katanya, majlis itu sebenarnya merupakan satu perhimpunan untuk mengucapkan terima kasih kepada apa yang dikenali sebagai kesultanan Sulu berhubung pelantikan beliau sebagai waris kesultanan itu.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu mendakwa beliau menerima tawaran pelantikan sebagai sultan mereka demi kepentingan negara kerana beliau tidak mahu rakyat Sulu di Filipina membuat sebarang tuntutan ke atas Sabah. -Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved